PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/13 ms. 3
  • Gunakan Video semasa Anda Mengajar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gunakan Video semasa Anda Mengajar
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gunakan Video semasa Mengajar Pelajar Bible
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Gunakan Video untuk Mengajar
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Penjelasan
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memperkenalkan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan Buku Ajaran Bible
    Kerja Teokratik Kita—2014
Kerja Teokratik Kita—2013
km 5/13 ms. 3

Gunakan Video semasa Anda Mengajar

Semasa menyampaikan maklumat yang penting kepada Abraham dan Yeremia, Yehuwa bukan sekadar memberitahunya kepada mereka, tetapi Dia juga menggunakan alat bantu pandang. (Kej. 15:5; Yer. 18:1-6) Kita boleh membantu pelajar Bible memahami dan menghargai kebenaran Bible dengan menggunakan alat bantu pandang seperti video kita. Senarai berikut menunjukkan video-video yang boleh digunakan. Sesuaikanlah cadangan berikut mengikut keperluan pelajar anda. Buat masa ini, sesetengah video tidak terdapat dalam bahasa Malaysia.

Buku Ajaran Bible

◻ Bab 1: Selepas perenggan 17, tonton video tentang penciptaan: The Wonders of Creation Reveal God’s Glory

◻ Bab 2: Pada akhir bab, tonton video tentang sejarah Bible: The Bible—Mankind’s Oldest Modern Book

◻ Bab 9: Selepas perenggan 14, tonton video tentang kerja penyebaran: Jehovah’s Witnesses—Organized to Share the Good News

◻ Bab 14: Pada akhir bab, tonton video tentang Bible: The Bible—Its Power in Your Life

◻ Bab 15: Selepas perenggan 10, tonton video tentang organisasi kami: Our Whole Association of Brothers

Buku “Kasih Tuhan”

◻ Bab 3: Selepas perenggan 15, tonton video tentang kaum muda: Young People Ask—How Can I Make Real Friends?

◻ Bab 4: Pada akhir bab, tonton video tentang kekuasaan Yehuwa: Respect Jehovah’s Authority

◻ Bab 7: Selepas perenggan 12, tonton video tentang darah: No Blood—Medicine Meets the Challenge

◻ Bab 9: Selepas perenggan 6, tonton video tentang kisah orang Israel: Warning Examples for Our Day

◻ Bab 17: Pada akhir bab, tonton video tentang iman: ‘Walk by Faith, Not by Sight’

Tambahan lagi, pelajar Bible anda mungkin memperoleh manfaat dengan menonton video-video lain. Contohnya, mereka yang menghadapi tentangan mungkin akan digalakkan dengan menonton video tentang kesetiaan Saksi-Saksi Yehuwa, seperti Faithful Under Trials—Jehovah’s Witnesses in the Soviet Union atau Jehovah’s Witnesses Stand Firm Against Nazi Assault. Video seperti Pursue Goals That Honor God dan Young People Ask—What Will I Do With My Life? boleh membantu kaum muda. Buatlah catatan dalam buku Ajaran Bible dan buku “Kasih Tuhan” supaya anda ingat untuk menonton salah satu video bersama pelajar Bible, atau meminjamkan video itu kepadanya. Apabila video baru diterbitkan, fikirkan bagaimana anda dapat menggunakannya untuk mencapai hati pelajar Bible anda.—Luk. 24:32.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi