Contohilah Para Nabi—Yoel
1. Bagaimanakah kita boleh rendah hati seperti Yoel semasa menginjil?
1 Siapakah nabi Yoel? Kita hanya tahu bahawa dia “anak Petuel.” (Yl. 1:1) Nabi yang rendah hati ini mengutamakan mesej Yehuwa dan bukan dirinya sendiri. Begitu juga, semasa menginjil kita tidak mahu mencari pujian atau pengiktirafan bagi diri sendiri tetapi memberi perhatian kepada Yehuwa dan Bible. (1 Kor. 9:16; 2 Kor. 3:5) Semasa menginjil, kita juga dikuatkan. Jadi, bagaimanakah nubuat Yoel membantu kita menginjil dengan bersemangat dan penuh harapan?
2. Akhir sistem dunia yang begitu dekat mendorong kita membuat apa?
2 ‘Hari Yehuwa Sudah Dekat.’ (Yl. 1:15): Walaupun kata-kata ini ditulis ribuan tahun dahulu, sekaranglah masa pengenapannya. Keadaan dunia yang semakin merosot, sikap orang yang tidak peduli dan suka mengejek semasa kita menginjil adalah bukti bahawa kita sedang hidup pada penghujung sistem dunia ini. (2 Tim. 3:1-5; 2 Ptr. 3:3, 4) Oleh sebab akhir sistem ini begitu dekat, kita didorong untuk mengutamakan kerja penyebaran.—2 Ptr. 3:11, 12.
3. Mengapakah kerja menginjil penting memandangkan kesengsaraan besar bakal berlaku?
3 ‘Yehuwa akan Melindungi Umat-Nya.’ (Yl. 3:16): Perkataan “bergoncang” dalam ayat ini merujuk kepada penghakiman Yehuwa semasa kesengsaraan besar. Pada masa itu, kita yakin bahawa Yehuwa akan menyelamatkan umat-Nya yang setia. (Why. 7:9, 14) Semasa menginjil, kita dapat rasa sokongan dan kekuatan daripada Yehuwa. Iman serta ketabahan kita juga bertambah dan ini akan membantu kita mengharungi kesengsaraan besar.
4. Mengapakah kita boleh bergembira dan menempuh masa depan dengan yakin?
4 Sesetengah orang menganggap perkhabaran Yoel sebagai mesej yang tidak ceria. Namun umat Tuhan tahu bahawa mesejnya membawa harapan penyelamatan. (Yl. 2:32) Maka, marilah kita menempuh masa depan dengan penuh keyakinan dan menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan dengan bersemangat kerana Yoel 2:23 menyatakan, ‘Bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan Yehuwa.’