Guna Laman Web Kita untuk Mengajar Anak Anda
1. Mengapakah bahagian bertajuk “Children” disediakan?
1 Laman Web kita, jw.org direka untuk menarik minat orang dari pelbagai lapisan umur. Bahagian bertajuk “Children” (Kanak-kanak) yang terdapat pada bahagian “Bible Teachings” dapat membantu anak dan ibu bapa menjalin hubungan yang rapat. Hasilnya, anak dan ibu bapa akan mendekat kepada Yehuwa. (Ul. 6:6, 7) Bagaimanakah anda boleh gunakan bahagian ini untuk mengajar anak anda?
2. Bagaimanakah anda boleh memilih bahan pembelajaran yang sesuai dengan umur anak anda?
2 Buat Penyesuaian: Setiap anak mempunyai keperluan yang berbeza. (1 Kor. 13:11) Bagaimanakah anda boleh memilih bahan pembelajaran yang sesuai dengan umur anak anda? Tanya diri anda: “Apakah yang akan menarik minat anak saya? Berapa banyak maklumat yang boleh mereka faham? Berapa lama mereka boleh memberi tumpuan?” Anda boleh bincangkan cerita “My Bible Lessons” (Pelajaran Bible Saya) dengan anak yang berumur tiga tahun dan ke bawah. Keluarga lain pula suka cerita Bible di bahagian “Teach Your Children” (Ajarlah Anak Anda). Pertimbangkan juga pilihan berikut.
3. Bagaimanakah ibu bapa boleh menggunakan cerita dan aktiviti yang terdapat pada “Family Worship Projects” dengan berkesan?
3 Family Worship Projects (Projek Penyembahan Keluarga): Projek ini adalah alat yang membantu ketua keluarga belajar bersama anak mereka. Klik “Download” (Muat Turun) dan baca “Parents’ Guide” (Panduan Ibu Bapa) untuk belajar cara menggunakan cerita dan aktiviti bagi setiap projek. Gunakan “Picture Activities” (Aktiviti Gambar) seperti aktiviti mewarna untuk anak yang lebih kecil. Bantu anak yang lebih besar untuk melengkapkan aktiviti pada bahagian “Study Activities for Children” (Aktiviti Pembelajaran bagi Anak-anak). Semua aktiviti dalam setiap projek berkaitan dengan cerita atau pengajaran Bible yang sama. Oleh itu, anak dari lingkungan umur yang berbeza boleh mengambil bahagian dalam projek penyembahan keluarga yang sama.
4. Apakah yang terdapat pada bahagian “Become Jehovah’s Friend”?
4 Become Jehovah’s Friend (Jadilah Sahabat Yehuwa): Video, lagu, dan aktiviti pada bahagian ini di laman Web kita membantu ibu bapa menanamkan Firman Tuhan dalam hati anak kecil. (Ul. 31:12) Setiap video animasi singkat memberi pengajaran yang penting. Aktiviti seperti mencari barang tersembunyi menekankan pengajaran dalam video itu. Anak-anak gemar menyanyi—lagu dapat membantu mereka ingat apa yang telah dipelajari—lagu teokratik dan lagu yang ditulis khas bagi kanak-kanak dimuat naik secara tetap.
5. Mengapakah ibu bapa harus minta bantuan Yehuwa untuk mengajar anak tentang kebenaran?
5 Yehuwa mahu anda menjadi ibu dan bapa yang berjaya. Oleh itu, mintalah bantuan-Nya untuk mengajar anak anda kebenaran. (Hak. 13:8) Dengan bantuan Yehuwa, anda boleh melatih anak anda memperoleh “kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Yesus Kristus.”—2 Tim. 3:15; Ams. 4:1-4.