PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 4/15 ms. 2
  • Cara Melakukan Kesaksian Awam

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Melakukan Kesaksian Awam
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kaedah Baru bagi Kesaksian di Tempat Awam
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Aturan Baru untuk Kesaksian di Tempat Awam
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memulakan Perbualan untuk Memberikan Kesaksian Tidak Formal
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Kesaksian Tidak Formal yang Berkesan
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2015
km 4/15 ms. 2

Cara Melakukan Kesaksian Awam

Banyak orang yang berhati jujur telah mengenali kebenaran melalui kesaksian awam. (Yoh. 6:44) Maka, para penatua digalakkan untuk mengaturkan kesaksian awam di kawasan sidang yang mempunyai ramai orang. Biasanya, kita tidak perlu mendapatkan keizinan daripada pihak berkuasa kerana rak mudah alih atau meja pameran hanya diletakkan di tempat itu buat sementara. Sekiranya keadaan tempatan mewajibkan anda untuk mendapatkan keizinan, anda harus berbuat demikian. Penyiar yang mempunyai daya pertimbangan yang baik, berkelakuan sopan, serta mahir memulakan dan meneruskan perbualan boleh menyertai aktiviti ini. Panduan berikut akan membantu penyiar menuai hasil yang baik semasa melakukan kesaksian awam.

Anda Harus:

  • Bersikap ramah dan bersedia membantu orang yang lalu-lalang. Sesetengah penyiar memberikan senyuman dan bertegur sapa dengan orang. Jika seseorang melihat pameran kita, anda boleh berkata, “Ambillah bahan bacaan yang anda minat.”

  • Berdiri pada jarak yang sesuai dari rak mudah alih. Di sesetengah kawasan, penyiar mendapati bahawa adalah baik untuk berdiri berhampiran dengan pameran. Di kawasan lain pula, cara ini mungkin membuat orang berasa segan untuk menghampiri pameran. Jadi, penyiar tidak berdiri terlalu dekat dengan pameran dan dia akan menunggu sehingga orang datang. Jika seseorang menghampiri pameran, anda boleh bertanya, “Pernahkah anda fikir tentang soalan ini?”

  • Carilah peluang untuk menunjukkan ayat Bible.

  • Jelaskan aturan pembelajaran Bible kepada orang yang mengambil bahan bacaan untuk pembelajaran Bible, misalnya buku Ajaran Bible. Gunakan alat elektronik untuk memainkan video Mengapa Belajar Bible?

  • Jika boleh, dapatkan maklumat orang yang berminat. Jika dia tinggal di luar kawasan penyebaran anda, isilah borang Kunjungan Susulan (S-43) dan serahkan kepada setiausaha sidang secepat mungkin.

Anda Tidak Harus:

  • Memaksa atau mendesak orang, atau berdiri di sebelah pameran seperti seorang pengawal.

  • Menganggap bahawa cara kesaksian ini hanyalah untuk mengedarkan majalah. Berusahalah untuk memulakan perbualan dengan orang agar dapat mencapai matlamat kerja penyebaran kita, iaitu memulakan pembelajaran Bible.

  • Menghalang pameran atau asyik berbual dengan rakan menginjil. Jika anda menerima panggilan telefon, adalah baik untuk menjauhi pameran itu.

  • Berdebat dengan orang lain. Jika seseorang yang menentang mula bersikap kasar, anda mungkin perlu memindahkan pameran ke tempat lain.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi