Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menggunakan Brosur Berita Baik untuk Memulakan Pembelajaran Bible Di Depan Pintu
Mengapa Penting: Kita mesti mengajar orang tentang Bible untuk menjadikan mereka pengikut Yesus. (Mat. 28:19, 20) Kita dapat menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan untuk mengajar dengan efektif. Brosur Berita Baik dapat membantu kita mengajarkan kebenaran kepada orang lain. Semasa mengunjungi penghuni rumah buat kali pertama, kita boleh menggunakan brosur ini untuk memulakan pembelajaran Bible.
Cubalah Bulan Ini:
Mohonlah agar Yehuwa memberi anda keinginan untuk mengendalikan pembelajaran Bible. Mintalah bantuan-Nya untuk memulakan satu pembelajaran Bible dan menjadi guru yang efektif.—Flp. 2:13.
Semasa penyembahan keluarga atau pembelajaran peribadi, luangkanlah masa untuk belajar penyampaian ini. Anda dapat bercakap dengan yakin dan memulakan pembelajaran Bible di depan pintu.