PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 3 ms. 11
  • Berkat bagi Mereka yang Mentaati Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Berkat bagi Mereka yang Mentaati Tuhan
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1. KITA AKAN MENJADI BIJAK
  • 2. KITA AKAN BERSUKACITA
  • Kasih Tuhan Kekal Selama-lamanya
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
  • ‘Mengasihi Tuhan’—Apakah Ertinya?
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • Adakah Anda “Sedia Mematuhi” Arahan?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Dia Bertanggungjawab dan Setia
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 3 ms. 11
Sebuah keluarga yang bahagia meluangkan masa bersama-sama; ibu itu sedang memasak bersama salah seorang anak perempuan di dapur, manakala ayah itu pula sedang melihat album foto bersama seorang lagi anak perempuan mereka di ruang tamu.

Kita akan menikmati kebahagiaan sejati dengan mentaati perintah Tuhan

Berkat bagi Mereka yang Mentaati Tuhan

Musa mengatakan bahawa jika kita mentaati perintah Tuhan, kita akan diberkati. (Ulangan 10:13; 11:27) Kita mentaati Tuhan bukan kerana kita takut dihukum, tetapi kerana kita mengasihi-Nya. Sifat-sifat Tuhan yang baik mendorong kita mentaati-Nya dan menjauhi perkara-perkara yang akan membuat Tuhan berasa sedih. “Mengasihi Tuhan bererti mematuhi perintah-Nya. Perintah-Nya pun tidak membebankan.”​—1 Yohanes 5:3.

Namun bagaimanakah ketaatan kepada Tuhan membawa berkat? Terdapat dua cara:

1. KITA AKAN MENJADI BIJAK

“Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu. Aku mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu. Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.”​—YESAYA 48:17.

Pencipta kita, Tuhan Yehuwa, mengenali kita dan menyediakan bimbingan yang kita perlukan. Jika kita ingin membuat keputusan yang bijak, kita mesti mengkaji ajaran Tuhan dalam Ayat-Ayat Suci dan melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

2. KITA AKAN BERSUKACITA

“Berbahagialah orang yang mendengar firman Tuhan dan menurutinya!”​—LUKAS 11:28.

Hari ini, jutaan orang menikmati kebahagiaan sejati kerana mentaati Firman Tuhan. Perhatikan contoh seorang lelaki dari Sepanyol yang panas baran dan melayan orang lain dengan kasar, termasuk isterinya sendiri. Pada suatu hari, dia membaca kisah di buku Kejadian bab 37-45 tentang Yusuf, iaitu anak kepada Yakub. Yusuf seorang yang lemah lembut. Yusuf dijual sebagai hamba dan kemudiannya dipenjarakan walaupun dia tidak bersalah. Namun, dia tetap sabar, tenang, dan rela mengampuni orang lain. Lelaki dari Sepanyol itu berkata, “Contoh Yusuf mendorong saya untuk memupuk sifat kelemahlembutan, kebaikan, dan kawalan diri. Sekarang, hidup saya lebih bahagia.”

Ayat-Ayat Suci memberi kita lebih banyak bimbingan tentang cara melayan orang lain. Perhatikan rencana yang seterusnya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi