PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Mei ms. 8
  • “Mereka yang Telah Disatukan Tuhan . . .”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Mereka yang Telah Disatukan Tuhan . . .”
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menghormati Aturan Tuhan bagi Perkahwinan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Mei ms. 8
Seorang lelaki dan wanita berpegang tangan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Mereka yang Telah Disatukan Tuhan . . .”

Menurut Hukum Musa, seorang lelaki yang ingin bercerai harus menyediakan dokumen sah. Hal ini adalah untuk menghalang perceraian dibuat secara terburu-buru. Namun pada zaman Yesus, para pemimpin agama membolehkan perceraian dilakukan dengan begitu mudah. Perceraian dibenarkan atas sebarang sebab. (“surat cerai” nota pembelajaran untuk Mr 10:4, nwtsty; “menceraikan isterinya,” “berlaku curang terhadap isterinya” nota pembelajaran untuk Mr 10:11, nwtsty) Yesus menegaskan bahawa perkahwinan diasaskan oleh Yehuwa. (Mr 10:2-12) Maka, suami dan isteri disatukan dalam ikatan yang kekal. Seperti yang dinyatakan dalam buku Matius, satu-satunya dasar untuk perceraian ialah “perbuatan seks yang tidak bermoral.”​—Mt 19:9.

Hari ini, ramai orang tidak memiliki pandangan Tuhan terhadap perkahwinan. Seperti orang Farisi, mereka memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian apabila timbul masalah dalam perkahwinan. Namun, pasangan Kristian berbeza. Mereka memandang serius ikrar perkahwinan dan berusaha mengatasi masalah dengan menerapkan prinsip Bible. Setelah menonton video Kasih dan Hormat Menyatukan Keluarga, jawablah soalan-soalan berikut:

  • Seseorang sedang membaca Bible; seorang suami mendengar dengan teliti apabila isterinya bercakap; gambar kahwin yang terkoyak

    Bagaimanakah anda dapat menerapkan Amsal 15:1 dalam perkahwinan anda? Mengapakah hal ini penting?

  • Bagaimanakah Amsal 19:11 membantu anda mengelakkan masalah?

  • Jika perkahwinan anda mengalami masalah serius, elakkan daripada berfikir, “Patutkah saya bercerai?” Sebaliknya, apakah soalan yang harus anda renungkan?

  • Bagaimanakah prinsip di Matius 7:12 dapat membantu anda untuk menjadi suami atau isteri yang lebih baik?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi