PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb19 Februari ms. 3
  • Dapatkah Anda Melihat Sifat-Sifat Tuhan yang Tidak Kelihatan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dapatkah Anda Melihat Sifat-Sifat Tuhan yang Tidak Kelihatan?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ketakjuban Ciptaan Menyingkapkan Kemuliaan Tuhan
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Belajar Lebih Banyak tentang Yehuwa menerusi Ciptaan-Nya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Gunakan Ciptaan untuk Mengajar Anak Anda tentang Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Bagaimana Ciptaan Tuhan Menyingkapkan Kasih-Nya
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
mwb19 Februari ms. 3

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Dapatkah Anda Melihat Sifat-Sifat Tuhan yang Tidak Kelihatan?

Semasa memerhatikan bunga yang cantik, bintang-bintang di langit, atau air terjun yang indah, dapatkah anda melihat karya tangan Pencipta kita? Ciptaan di sekeliling kita menyerlahkan sifat-sifat Yehuwa yang tidak kelihatan. (Rm 1:20) Jika kita mengambil masa untuk merenungkan ciptaan, kita dapat melihat sifat-sifat Tuhan seperti kasih, kuasa, kebijaksanaan, keadilan, dan kemurahan hati-Nya.​—Mz 104:24.

Apakah ciptaan Yehuwa yang dapat anda perhatikan setiap hari? Walaupun anda tinggal di bandar, anda masih dapat melihat burung atau pokok. Dengan merenungkan ciptaan Yehuwa, hal itu dapat mengurangkan kekhuatiran kita. Kita juga dibantu untuk bertumpu kepada hal yang lebih penting dan menjadi lebih yakin bahawa Yehuwa dapat menjaga kita untuk selamanya. (Mt 6:25-32) Jika anda mempunyai anak, bantulah mereka untuk melihat sifat-sifat Yehuwa yang tiada tandingannya. Semakin tinggi penghargaan kita terhadap ciptaan di sekeliling kita, semakin rapat hubungan kita dengan Pencipta kita.​—Mz 8:3, 4.

SILA LIHAT VIDEO KETAKJUBAN CIPTAAN MENYINGKAPKAN KEMULIAAN TUHAN​—CAHAYA DAN WARNA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah pigmen dapat membantu kita melihat warna?

  • Apakah yang menyebabkan iridesens?

  • Mengapakah kita dapat melihat warna yang berbeza-beza di langit?

  • Apakah warna menonjol dalam ciptaan yang dapat anda lihat di sekeliling tempat tinggal anda?

  • Mengapakah kita harus meluangkan masa untuk memperhatikan keindahan alam semula jadi?

Bunga ros yang berwarna merah jambu, kupu-kupu yang berwarna biru, buah-buahan yang pelbagai warna, dan matahari yang berada di ufuk

Apakah sifat-sifat Yehuwa yang disingkapkan menerusi cahaya dan warna?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi