PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 Februari ms. 7
  • Adakah Anda Memanfaatkan Buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Anda Memanfaatkan Buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ayat Harian Tidak Lagi Dibincangkan semasa Perjumpaan Sebelum Kerja Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Saya?—Bahagian 3: Memanfaatkan Sepenuhnya Pembacaan Bible
    Kaum Muda Bertanya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 Februari ms. 7

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Adakah Anda Memanfaatkan Buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari?

Adakah anda mempunyai tabiat membaca ayat harian daripada buku Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari? Jika tidak, dapatkah anda memupuk tabiat ini? Ramai yang berbuat demikian pada awal pagi. Dengan ini, mereka dapat merenungkan apa yang telah mereka baca semasa melakukan aktiviti harian. (Yos 1:8; Mz 119:97) Tetapi bagaimanakah anda dapat meraih lebih banyak manfaat daripada ayat harian? Bacalah konteks ayat itu untuk mengetahui latar belakangnya. Cuba fikirkan kisah Bible yang dapat menonjolkan prinsip dalam ayat itu. Kemudian, terapkan prinsip itu dalam kehidupan anda. Apabila anda mengikut bimbingan Firman Tuhan, kehidupan anda akan bertambah baik.​—Mz 119:105.

Keluarga Bethel di seluas dunia membincangkan ayat harian sebelum sarapan pagi. Belakangan ini, program tersebut telah dipaparkan pada Siaran JW di bahagian PROGRAM DAN ACARA. Pernahkah anda menonton program-program ini? Barangkali topik yang dibincangkan dapat membantu anda. Contohnya, kisah Lot dapat membantu anda membuat keputusan yang baik.

SILA LIHAT VIDEO JANGANLAH MENGASIHI DUNIA INI (1YO 2:15). KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN YANG BERIKUT:

  • Apakah prinsip Bible yang menjadi asas program penyembahan pagi tersebut?

  • Apakah yang dapat kita pelajari daripada kisah Lot tentang mengasihi dunia ini atau perkara-perkara di dalamnya?​—Kej 13:12; 14:12; 19:3, 12, 13, 24-26

  • Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita mengasihi Yehuwa dan bukannya dunia ini atau perkara-perkara di dalamnya?

Kolaj: Seorang saudara merenungkan ayat harian sepanjang hari. 1. Semasa membaca, dia membayangkan kisah malaikat yang memegang tangan Lot dan keluarganya lalu membawa mereka keluar dari Sodom. 2. Semasa rehat tengah hari di tempat kerja, saudara itu terus merenung tentang apa yang dibacanya pagi itu. 3. Pada waktu petang, semasa dia melipat kain di rumahnya, saudara itu masih merenungkan ayat harian.

Bagaimanakah saya dapat menunjukkan bahawa saya menghargai Bible semasa melakukan aktiviti harian?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi