JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN
Menunjukkan Empati
Empati ialah kebolehan untuk membayangkan keadaan orang lain, mendalami perasaan dan fikiran mereka, dan memahami pandangan dan keperluan mereka. Apabila kita menunjukkan empati dan membantu orang dengan ikhlas, mereka dapat merasainya. Apabila kita menunjukkan empati dalam kerja penyebaran, kita mencerminkan kasih dan keprihatinan Yehuwa. Hal ini akan membantu orang untuk menghampiri-Nya.—Flp 2:4.
Kita bukan sekadar menunjukkan empati apabila mengajar. Kita juga menunjukkan empati melalui cara kita mendengar dan bercakap serta melalui sikap, gerak tubuh, dan raut wajah. Kita menunjukkan empati dengan benar-benar mengambil berat terhadap orang lain. Kita mengambil kira minat, kepercayaan, dan keadaannya. Kita mencadangkan maklumat praktikal dan bantuan tetapi tidak memaksanya membuat perubahan. Apabila orang lain sudi menerima bantuan kita, kita meningkatkan sukacita kita dalam aktiviti penyebaran.
SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS—TINGKATKAN KEMAHIRAN ANDA—MENUNJUKKAN EMPATI. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Bagaimanakah Neeta menunjukkan empati apabila Jade lambat?
Bagaimanakah Neeta menunjukkan empati apabila Jade kata dia terlalu stres untuk belajar?
Orang ingin menghampiri Yehuwa apabila kita menunjukkan empati
Bagaimanakah Neeta menunjukkan empati apabila Jade kata hidupnya tidak teratur?