PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 1 ms. 8-9
  • Mengapakah Sesetengah Doa Tidak Dijawab?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Sesetengah Doa Tidak Dijawab?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menghampiri Tuhan Melalui Doa
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bahagian 11
    Dengarlah Cakap Tuhan
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 1 ms. 8-9

Mengapakah Sesetengah Doa Tidak Dijawab?

Tuhan Yehuwa ingin mendengar doa yang diucapkan dengan ikhlas. Tetapi, terdapat beberapa hal yang membuat Tuhan tidak mahu mendengar doa kita. Apakah perkara-perkara itu, dan apakah yang harus kita ingat semasa berdoa? Perhatikan beberapa prinsip Bible berikut.

Sekumpulan orang di gereja sedang membaca doa.

“Semasa kamu berdoa, jangan asyik mengulangi kata-kata yang sama.”​—Matius 6:7.

Yehuwa tidak mahu kita mengulangi atau menghafal doa daripada buku doa. Sebaliknya, Dia mahu kita berdoa dari hati. Bayangkan perasaan kawan kita jika kita selalu mengatakan hal yang sama kepadanya setiap hari. Jika kita menganggap orang itu sebagai kawan baik, kita akan meluahkan perasaan kita dari hati. Semasa kita berdoa dari hati, kita sedang menunjukkan bahawa Tuhan Yehuwa benar-benar sahabat dan Bapa kita.

Seorang lelaki memandang ke langit sambil menggores tiket loteri.

“Meskipun kamu meminta, kamu tidak mendapatnya kerana kamu meminta untuk tujuan yang salah.”​—Yakobus 4:3.

Jika kita berdoa tentang hal-hal yang tidak menyenangkan hati Tuhan, sudah pasti Dia tidak akan mengabulkan doa itu. Contohnya, jika seorang kaki judi berdoa untuk mendapat tuah, adakah Yehuwa akan mengabulkan permintaannya? Tidak, kerana Yehuwa membenci ketamakan dan kepercayaan karut. (Yesaya 65:11; Lukas 12:15) Maka, untuk memastikan doa kita didengari Tuhan, kita mesti berdoa tentang hal-hal yang selaras dengan kehendak-Nya dalam Bible.

Seorang paderi berdoa untuk para askar.

“Jika seseorang enggan mendengarkan hukum, doanya akan dianggap sebagai sesuatu yang memuakkan.”​—Amsal 28:9.

Pada zaman Bible, Tuhan tidak menjawab doa orang yang sengaja melanggar perintah-Nya. (Yesaya 1:15, 16) Sampai sekarang pun, perasaan Yehuwa tetap sama. (Maleakhi 3:6) Jika kita mahu Tuhan mendengar doa kita, kita mesti mentaati perintah-Nya. Bagaimana jika kita pernah melakukan hal-hal yang salah? Adakah hal ini bermaksud bahawa Tuhan enggan mendengar doa kita? Tidak. Dia akan mengampunkan dosa kita jika kita bertaubat dan mengubah cara hidup kita.​—Kisah 3:19.

“Sesiapa yang menghadap Tuhan mesti percaya bahawa Dia wujud dan bahawa Dia memberikan ganjaran kepada orang yang mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh.”​—Ibrani 11:6.

Seorang wanita membaca Bible.

Doa bukan sekadar terapi untuk menghilangkan stres. Sebaliknya, doa ialah sebahagian daripada penyembahan kita dan cara untuk menunjukkan iman. Yakobus menulis, “Apabila seseorang membuat permintaan, dia mesti beriman.” Mengapa? Tanpa iman, dia “tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Yehuwa.” (Yakobus 1:6, 7) Untuk memupuk iman, kita perlu mencurahkan masa dan usaha untuk belajar Bible. Dengan itu, kita dapat mengetahui kehendak Tuhan dan berdoa kepada-Nya dengan penuh iman.

JANGAN PUTUS ASA!

Walaupun Tuhan menolak sesetengah doa, Dia mendengar dan menjawab doa jutaan orang yang tulus hati. Bible menunjukkan cara anda dapat berdoa agar didengari Tuhan. Rencana seterusnya akan menjelaskan hal itu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi