PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 2 ms. 7-9
  • Bilakah Akhir Akan Tiba? Perhatikan Jawapan Yesus

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bilakah Akhir Akan Tiba? Perhatikan Jawapan Yesus
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • PERHATIKAN APA YANG DIKATAKAN YESUS TENTANG AKHIR DUNIA:
  • TANDA AKHIR DUNIA
  • “HARI-HARI TERAKHIR”
  • BUMI FIRDAUS SUDAH DEKAT!
  • Adakah Kita Sedang Hidup pada “Hari-hari Terakhir”?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Adakah Akhir Dunia Sudah Dekat?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Apakah Tanda “Hari-Hari Terakhir,” atau “Akhir Zaman”?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 2 ms. 7-9
Yesus menjelaskan tanda hari-hari terakhir kepada para rasulnya.

Bilakah Akhir Akan Tiba? Perhatikan Jawapan Yesus

Seperti yang dijelaskan dalam rencana yang sebelumnya, apa yang akan dimusnahkan semasa akhir dunia bukanlah bumi dan semua manusia, tetapi orang yang jahat dan perkara buruk di dunia. Namun, adakah Bible memberitahu kita bila sistem dunia yang jahat ini akan berakhir?

PERHATIKAN APA YANG DIKATAKAN YESUS TENTANG AKHIR DUNIA:

“Maka, teruslah berjaga-jaga, kerana kamu semua tidak tahu hari atau waktunya.”​—MATIUS 25:13.

“Teruslah berjaga-jaga dan teruslah berwaspada, kerana kamu tidak tahu waktu yang ditentukan oleh Tuhan.”​—MARKUS 13:33.

Jadi, tiada orang di bumi yang tahu secara tepat bila sistem dunia ini akan berakhir. Namun, Tuhan sudah menentukan “hari atau waktunya” akhir akan tiba. (Matius 24:36) Adakah ini bermaksud kita langsung tidak akan tahu bila akhir sudah dekat? Tidak. Yesus telah memberitahu para pengikutnya beberapa peristiwa yang menandakan bahawa akhir sudah dekat.

TANDA AKHIR DUNIA

Semasa menyebut peristiwa-peristiwa yang menjadi tanda “penghujung sistem ini,” Yesus berkata, “Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Kebuluran dan gempa bumi akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.” (Matius 24:3, 7) Yesus juga berkata bahawa akan terjadinya “wabak,” iaitu penyakit yang merebak dengan cepat. (Lukas 21:11) Adakah anda melihat peristiwa-peristiwa yang disebut oleh Yesus sedang berlaku?

Peperangan, kebuluran, gempa bumi, dan bermacam-macam penyakit telah berlaku di bumi pada zaman kita. Misalnya, pada tahun 2004, sebuah gempa bumi yang dahsyat di Lautan Hindi telah menyebabkan tsunami yang mengorbankan kira-kira 225,000 orang. Dalam masa lebih daripada setahun, pandemik COVID-19 telah meragut sekitar 2.6 juta nyawa di serata bumi. Yesus berkata bahawa peristiwa-peristiwa sebegini menandakan bahawa akhir sistem dunia ini sudah dekat.

“HARI-HARI TERAKHIR”

Bible menyatakan bahawa jangka masa sejurus sebelum akhir dunia tiba disebut “hari-hari terakhir.” (2 Petrus 3:3, 4) Menurut 2 Timotius 3:1-5, keruntuhan moral dalam masyarakat akan terjadi pada hari-hari terakhir. (Lihat kotak “Sejurus Sebelum Akhir Dunia.”) Adakah anda setuju bahawa ramai orang sekarang bersikap mementingkan diri, tamak, garang, dan tidak menunjukkan kasih? Semua ini juga merupakan bukti bahawa akhir sudah sangat dekat.

Berapa lamakah tempoh masa “hari-hari terakhir”? Bible menyatakan bahawa tempoh masa itu sudah “tinggal sedikit.” Tidak lama lagi, Tuhan akan “membinasakan orang yang merosakkan bumi.”​—Wahyu 11:15-18; 12:12.

Peperangan

Askar-askar sedang berperang. Mereka melepaskan tembakan dari belakang benteng.
  • Antara tahun 2007 dengan 2017, kematian akibat peperangan dan kegiatan pengganas meningkat sebanyak 118 peratus

Penyakit

Seorang lelaki yang sakit terlantar di hospital.
  • Beberapa pembunuh utama termasuk penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, masalah neonatal (masalah kesihatan pada bayi yang baru lahir), cirit-birit, kanser, tuberkulosis (tibi)

Kebuluran

Seorang budak perempuan yang kebuluran memegang sebuah mangkuk.
  • Pada tahun 2019, 8.9 peratus penduduk dunia mengalami kebuluran, dan 21.3 peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun kekurangan zat dan terbantut

Kerja Penyebaran

Saksi-Saksi Yehuwa berdiri di sebelah rak bahan bacaan dan bercakap dengan seorang lelaki.
  • Lebih daripada 8.4 juta penginjil (Saksi-Saksi Yehuwa) mengedarkan bahan bacaan Bible dalam lebih daripada 1,000 bahasa di 240 negara dan kawasan

BUMI FIRDAUS SUDAH DEKAT!

Tuhan sudah menentukan hari dan waktunya untuk mengakhiri sistem dunia yang jahat ini. (Matius 24:36) Namun, Dia “tidak ingin seorang pun dibinasakan.” (2 Petrus 3:9) Sebaliknya, Dia ingin kita terselamat semasa akhir dunia ini dan hidup di bumi firdaus. Oleh itu, Dia memberi kita peluang untuk belajar tentang kehendak-Nya dan mentaati-Nya.

Untuk berbuat demikian, Tuhan telah melancarkan program pendidikan untuk mengajar orang di serata dunia bagaimana mereka dapat hidup di dunia baharu yang diperintah oleh Kerajaan-Nya. Yesus berkata bahawa berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan “ke seluruh bumi.” (Matius 24:14) Pada tahun 2019, Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia menggunakan lebih daripada dua bilion jam untuk menginjil dan mengajar orang tentang harapan yang terkandung dalam Bible. Yesus berkata bahawa kerja ini akan dilakukan di seluruh bumi sebelum akhir tiba.

Akhir pemerintahan manusia sudah dekat. Namun, terdapat berita baik: Anda dapat terselamat semasa akhir dunia ini dan hidup di bumi firdaus yang dijanjikan Tuhan. Rencana seterusnya akan menjelaskan apa yang perlu anda lakukan untuk menikmati berkat ini.

SEJURUS SEBELUM AKHIR DUNIA

“Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia akan mencintai diri sendiri, mencintai wang, bercakap besar, bersikap angkuh, dan menghina Tuhan. Mereka tidak mematuhi ibu bapa, tidak tahu berterima kasih, tidak setia, tidak memiliki kasih sayang, tidak mahu dibawa berbincang, suka memfitnah, tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan. Mereka juga suka berkhianat, keras kepala, sombong, dan mencintai kesenangan tetapi tidak mencintai Tuhan. Di depan orang lain mereka nampaknya beribadat kepada Tuhan, tetapi mereka tidak hidup sesuai dengan ibadat mereka.”​—2 TIMOTIUS 3:1-5.

Nubuat Yesus tentang “hari-hari terakhir” memberi kita harapan

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi