PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 2 ms. 10-12
  • Apa yang Dapat Anda Lakukan untuk Hidup di Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apa yang Dapat Anda Lakukan untuk Hidup di Dunia Baharu
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • DISELAMATKAN KERANA MENGENAL TUHAN
  • MEMBACA BIBLE SETIAP HARI
  • BERDOA KEPADA TUHAN UNTUK MEMINTA BANTUAN
  • Apakah yang Pernah Dilakukan Tuhan?
    Menara Pengawal (Umum)—2019
  • Bagaimanakah Anda Dapat Hidup Selama-lamanya?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Mengapakah Yesus Menderita dan Mati?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Anda Dapat Hidup Kekal di Bumi
    Menara Pengawal (Umum)—2018
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 2 ms. 10-12

Apa yang Dapat Anda Lakukan untuk Hidup di Dunia Baharu

Rencana sebelumnya menunjukkan bahawa tidak lama lagi, Tuhan akan mengakhiri sistem dunia yang jahat ini dan semua masalah manusia. Hal ini pasti terjadi, kerana dalam Firman Tuhan terdapat janji ini:

“Dunia . . . sedang berlalu.”​—1 YOHANES 2:17.

Namun, kita yakin bahawa akan ada orang yang terselamat kerana ayat yang sama juga menyatakan:

“Orang yang melakukan kehendak Tuhan akan hidup selama-lamanya.”

Oleh itu, jika kita ingin terselamat, kita perlu melakukan kehendak Tuhan. Untuk mengetahui kehendak Tuhan, kita perlu mengenali-Nya terlebih dahulu.

DISELAMATKAN KERANA MENGENAL TUHAN

Kolaj: 1. Seorang jururawat duduk di atas lantai hospital kerana terlalu penat secara fizikal dan emosi. 2. Semasa berehat di kafeteria, dia nampak rakan sekerjanya membaca senaskhah majalah dengan gembira. 3. Rakan sekerja itu membacakan satu ayat Bible dan memberinya kad jw.org.

Yesus berkata, “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar . . . maka mereka mendapat kehidupan kekal.” (Yohanes 17:3) Jika kita ingin terselamat semasa akhir dunia dan menerima kehidupan kekal, kita perlu “mengenal” Tuhan. Namun, sekadar mengakui bahawa Tuhan wujud atau mengetahui beberapa fakta tentang-Nya tidak mencukupi. Kita juga perlu bersahabat dengan-Nya. Sebagaimana kita perlu meluangkan masa untuk menjalin persahabatan dengan seseorang, kita juga perlu meluangkan masa untuk menjalin persahabatan dengan Tuhan. Perhatikan beberapa kebenaran penting dalam Bible yang dapat membantu kita memupuk dan memelihara persahabatan dengan Tuhan.

Kebenaran yang Kita Pelajari daripada Bible

Semasa di rumah, jururawat itu melayari laman web jw.org.

Kita belajar bahawa Tuhan mahu kita tinggal di Firdaus.

Tuhan menciptakan manusia pertama, Adam dan Hawa, dan menempatkan mereka di sebuah taman yang indah, yang dipanggil Taman Eden. Mereka merupakan manusia yang sempurna dan Tuhan telah memberi mereka semua yang diperlukan untuk hidup bahagia. Mereka dapat hidup selama-lamanya selagi mereka terus bersahabat dengan Tuhan. Namun, mereka sengaja melanggar satu perintah yang mudah daripada Tuhan.

Kita belajar sebabnya kita menderita sekarang.

Oleh sebab Adam mengingkari Tuhan, dia dan semua manusia kehilangan peluang untuk hidup kekal. Bible menjelaskan, “Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang.” (Roma 5:12) Sebagaimana seseorang mungkin mewarisi kecacatan daripada ibu bapanya, semua keturunan Adam mewarisi ketidaksempurnaan daripada Adam. Akibatnya, kita menjadi tua dan mati.

Kita belajar tentang apa yang telah dilakukan oleh Tuhan untuk membantu kita.

Bible menyatakan, “Tuhan begitu mengasihi dunia ini sehingga Dia memberikan Anak tunggal-Nya, supaya setiap orang yang beriman kepadanya tidak dibinasakan tetapi mendapat kehidupan kekal.” (Yohanes 3:16) Tuhan mengutus Yesus ke bumi untuk mati demi kita. Mengenai kasih yang ditunjukkan oleh Tuhan, Prabhakar, seorang lelaki dari India yang berumur 86 tahun, berkata, “Perbuatan itu menunjukkan bahawa Yehuwaa mengasihi saya dengan mendalam. Kerana kasih-Nya, saya berpeluang untuk hidup kekal.”

Kita belajar cara untuk menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan.

Bible menyatakan bahawa kita dapat menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan dengan ‘mematuhi perintah-Nya.’ (1 Yohanes 2:3) Tuhan Yehuwa mengajar kita cara untuk hidup bahagia sekarang. (Yesaya 48:17, 18, nota kaki) Tuhan mengasihi kita dan tidak mahu kita menderita. Dia berjanji bahawa jika kita mengikut arahan-Nya, kita bukan sahaja akan hidup bahagia sekarang tetapi juga akan berpeluang untuk hidup selama-lamanya.

MEMBACA BIBLE SETIAP HARI

Sewaktu makan tengah hari di luar, jururawat itu memandang ke langit setelah membaca Bible.

Anda dapat diselamatkan semasa akhir dunia dengan berdoa kepada Tuhan dan melakukan kehendak-Nya

Kita perlu makan secara kerap agar dapat terus hidup. Namun, Yesus berkata, “Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.”​—Matius 4:4.

Hari ini, kita dapat membaca apa yang dikatakan oleh Yehuwa dalam Bible. Dengan mengkaji Bible, anda akan mempelajari apa yang sudah, sedang, dan akan dilakukan oleh Tuhan.

BERDOA KEPADA TUHAN UNTUK MEMINTA BANTUAN

Apakah yang harus anda lakukan jika anda mahu mengikut bimbingan Tuhan, tetapi berasa susah untuk berhenti melakukan apa yang salah di mata-Nya? Anda perlu belajar lebih banyak lagi tentang Tuhan.

Perhatikan pengalaman seorang wanita yang bernama Sakura.b Dia menjalani kehidupan yang tidak bermoral. Apabila dia mula mempelajari Bible, dia mengetahui tentang perintah Tuhan untuk ‘menjauhi perbuatan seks yang tidak bermoral.’ (1 Korintus 6:18) Oleh itu, Sakura berdoa kepada Tuhan untuk meminta kekuatan, dan dia dapat berhenti melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Tetapi, dia masih perlu melawan godaan. Dia berkata, “Jika fikiran yang tidak bermoral muncul dalam minda saya, saya akan berdoa dan memberitahu Yehuwa masalah saya dengan jujur kerana saya sedar bahawa saya tidak dapat melawan godaan ini seorang diri. Doa telah mengeratkan hubungan saya dengan Yehuwa.” Seperti Sakura, jutaan orang sedang mengenali Tuhan. Tuhan memberi mereka kekuatan untuk mengubah kehidupan mereka dan hidup dalam cara yang menyenangkan-Nya.​—Filipi 4:13.

Apabila anda semakin mengenal Tuhan, Tuhan juga akan semakin mengenal anda sebagai sahabat-Nya yang dikasihi. (Galatia 4:9; Mazmur 25:14) Dengan itu, anda akan layak diselamatkan dan memasuki dunia baharu Tuhan. Tetapi, bagaimanakah keadaan hidup di dunia baharu? Rencana yang seterusnya akan menjelaskan hal ini.

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.

b Nama telah diubah.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi