TIP PEMBELAJARAN
Mengingati Ayat-Ayat Bible
Pernahkah anda berasa susah untuk mengingati ayat Bible tertentu? Mungkin ayat itu telah melegakan hati anda, membantu anda melawan fikiran yang salah, atau anda ingin kongsi ayat itu dengan orang lain. (Mzm. 119:11, 111) Belajarlah beberapa tip yang dapat membantu anda mengingati ayat-ayat Bible.
Guna fungsi tag dalam aplikasi JW Library®. Tambah tag yang bernama “Ayat Kegemaran.” Simpan semua ayat yang anda mahu ingat dengan menggunakan tag ini.a
Paparkan ayat itu di tempat yang mudah dilihat. Tuliskan ayat yang anda mahu ingat dan paparkannya pada cermin, pintu peti sejuk, dan sebagainya. Ada yang mengambil foto atau screenshot ayat kegemaran mereka dan menggunakan gambar itu sebagai wallpaper atau screen saver pada komputer, fon, atau tablet mereka.
Guna kad imbas. Tuliskan ayat kegemaran anda pada satu sisi kad, dan tuliskan kandungan ayat itu pada sisi yang satu lagi. Kemudian, lihat ayat itu dan cuba sebutkan kandungannya, atau lihat kandungannya dan cuba sebutkan di mana ayat itu dalam Bible.
a Untuk maklumat lanjut, lihat video Pencapaian Organisasi Yehuwa—Tip untuk Menggunakan JW Library di jw.org.