PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 29
  • Bagaimana Kawal Kekhuatiran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimana Kawal Kekhuatiran
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tip untuk mengurangkan kekhuatiran
  • Jangan Khuatir
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Matius 6:34—“Jangan Khuatiri Hari Esok”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • 2 Mengatasi Masalah
    Menara Pengawal (Umum)—2018
  • Bagaimanakah jika Anda Tiba-Tiba Mengalami Masalah Kesihatan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Topik-Topik Lain
mrt rencana 29
Seorang lelaki yang lanjut usia berasa khuatir.

Bagaimana Kawal Kekhuatiran

Kekhuatiran yang melampau dapat membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan fizikal dan emosi anda. Jika anda terlalu khuatir, hal itu boleh menyebabkan masalah-masalah yang kecil menjadi lebih teruk.

Tip untuk mengurangkan kekhuatiran

  • Muka yang sedih.

    Jangan terlalu banyak menonton, membaca, atau mendengar berita yang negatif. Anda tidak perlu mengetahui setiap butiran tentang masalah di dunia ini. Jika anda terlalu terdedah kepada berita yang negatif, anda akan berasa lebih takut dan tawar hati.

    Prinsip Bible: “Hati yang hancur mematahkan semangat.”—Amsal 17:22.

    “Kita mudah tertarik dengan berita yang terkini dan yang sensasi di media sosial. Tetapi kebiasaan untuk selalu melihat berita seperti itu tidak bermanfaat. Sekarang saya tidak lagi terlalu khuatir selepas kurangkan tengok berita sebegitu.”—John.

    Fikirkan: Seberapa kerapkah anda perlu mencari berita yang terkini?

  • Sebuah jam.

    Kekalkan rutin. Cubalah tetapkan waktu yang sama setiap hari untuk bangun, makan, buat kerja rumah, dan tidur. Dengan adanya jadual, anda dapat menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya. Hal ini dapat mengurangkan kekhuatiran anda.

    Prinsip Bible: “Rancangan yang dibuat dengan teliti pasti membawa kejayaan.”—Amsal 21:5.

    “Semasa pandemik COVID-19 bermula, saya langsung tiada jadual. Akibatnya, saya menggunakan terlalu banyak masa untuk hiburan. Saya mahu menggunakan masa dengan lebih bijak. Jadi, saya buat jadual untuk kegiatan seharian.”—Joseph.

    Fikirkan: Adakah anda mempunyai rutin yang membolehkan anda menyelesaikan banyak perkara dan membuat anda berasa puas hati?

  • Muka yang gembira.

    Berfokus kepada perkara-perkara positif. Jika anda asyik memikirkan perkara yang belum tentu akan terjadi, hal ini boleh menambah kekhuatiran anda. Sebaliknya, renungkanlah dua atau tiga perkara yang membuat anda berasa bersyukur.

    Prinsip Bible: “Tunjukkanlah kesyukuran kamu.”—Kolose 3:15.

    “Semasa membaca Bible, saya dapat berfokus kepada hal-hal yang positif, dan bukannya berita yang buruk. Cara ini mungkin nampaknya biasa sahaja, tetapi sangat berkesan.”—Lisa.

    Fikirkan: Adakah anda lebih memikirkan hal-hal negatif yang berlaku dalam hidup anda berbanding hal-hal yang positif?

  • Sebuah hadiah.

    Fikirkan orang lain. Anda mungkin ingin mengasingkan diri semasa berasa khuatir. Namun, adalah lebih baik untuk fikirkan bagaimana anda dapat menolong orang yang memerlukan bantuan.

    Prinsip Bible: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”—Filipi 2:4.

    “Saya gembira semasa membantu orang lain. Saya dapat melakukan sesuatu yang buat mereka gembira, dan pada masa yang sama, kekhuatiran saya pun berkurang. Apabila saya sibuk membantu orang lain, saya tiada masa untuk asyik berasa khuatir.”—Maria.

    Fikirkan: Adakah sesiapa yang anda kenal memerlukan lebih banyak bantuan? Dapatkah anda memberikan bantuan?

  • Jantung.

    Jaga kesihatan anda. Luangkanlah masa yang secukupnya untuk membuat senaman dan mendapatkan rehat. Makan makanan yang sihat. Dengan menjaga kesihatan anda, anda akan dibantu untuk berfikiran positif dan mengurangkan rasa khuatir.

    Prinsip Bible: “Senaman membawa sedikit manfaat.”—1 Timotius 4:8, nota kaki.

    “Saya dan anak saya tidak lagi dapat bersenam di luar seperti dahulu. Jadi, kami menjadualkan masa untuk bersenam di dalam rumah. Cara ini membuat kami lebih gembira dan bahkan membantu kami melayan satu sama lain dengan lebih baik.”—Catherine.

    Fikirkan: Adakah anda perlu makan makanan yang lebih berkhasiat dan melakukan lebih banyak senaman supaya anda semakin sihat?

Selain daripada mengikut tip-tip ini untuk mengurangkan rasa khuatir, ramai orang meraih manfaat dengan mempelajari janji-janji Bible tentang masa depan yang lebih baik. Lihat rencana “Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?”

Ayat-ayat Bible tentang kekhuatiran

Mazmur 55:22: “Serahkanlah bebanmu kepada Yehuwa, dan Dia akan memeliharamu.”a

Maksudnya: Kita boleh menyerahkan beban kita kepada Tuhan melalui doa. Beban itu termasuk kekhuatiran kita. Semasa berdoa, kita berkomunikasi dengan Pencipta kita yang dapat menyokong dan “melegakan hati kita semasa kita mengalami segala macam cubaan.”—2 Korintus 1:3, 4.

Amsal 12:25: “Kekhuatiran menyebabkan orang tertekan, tetapi kata-kata yang membina dapat menghiburkan hati.”

Maksudnya: Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau kawan-kawan yang dapat menggalakkan anda dan memberikan bantuan yang praktikal.

Matius 6:27: “Siapakah antara kamu yang dapat memanjangkan hayat walaupun sedikit dengan berasa khuatir?”

Maksudnya: Sering kali, berasa khuatir tidak dapat membantu anda. Kekhuatiran tidak dapat mengubah situasi anda atau membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Matius 6:31, 32: “Janganlah khuatir dan berkata, ‘Apa yang akan kami makan?’ atau, ‘Apa yang akan kami minum?’ atau, ‘Apa yang akan kami pakai?’ Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua perkara ini.”

Maksudnya: Tuhan Yehuwa mengetahui bahawa anda memerlukan makanan, pakaian, dan tempat tinggal, bahkan sebelum anda menyedari anda memerlukan semua itu.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan.—Mazmur 83:18.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi