PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mrt rencana 44
  • Dapatkah Gejala Rasuah dalam Kerajaan Dibasmi?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dapatkah Gejala Rasuah dalam Kerajaan Dibasmi?
  • Topik-Topik Lain
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa kita yakin Tuhan akan menghapuskan gejala rasuah
  • Sebuah kerajaan tanpa rasuah
  • Kerajaan Tuhan—Sebuah Kerajaan Tanpa Rasuah
    Menara Pengawal—2015
  • Rasuah—Racun Masyarakat
    Menara Pengawal—2015
  • Cadangan Penyampaian
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Topik-Topik Lain
mrt rencana 44
Dua lelaki berjabat tangan di luar pejabat kerajaan. Mereka sedang memegang sampul yang berisi wang sogokan.

Dapatkah Gejala Rasuah dalam Kerajaan Dibasmi?

Amalan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan ialah masalah yang menular di serata dunia.a Tidak dapat dinafikan bahawa gejala ini telah membawa banyak kesan yang buruk. Contohnya, semasa pandemik COVID-19, banyak pegawai dituduh mengambil dana yang sepatutnya digunakan untuk memerangi pandemik. Oleh itu, rakyat tidak mendapat rawatan perubatan yang diperlukan. Akibatnya, banyak orang menderita dan bahkan mati.

Sememangnya, kesan amalan rasuah telah merebak tanpa sempadan. David Cameron, bekas perdana menteri United Kingdom, berkata, “Budaya rasuah bagaikan sarang labah-labah yang memerangkap seluruh dunia.”

Namun, semua gejala rasuah dalam kerajaan akan dihapuskan. Mengapa? Perhatikan apa yang akan dilakukan oleh Tuhan seperti yang tercatat dalam Bible.

Mengapa kita yakin Tuhan akan menghapuskan gejala rasuah

Dalam Bible, Tuhan berfirman, “Aku, Yehuwa, mencintai keadilan; Aku membenci perompakan dan kejahatan.”b (Yesaya 61:8) Tuhan tahu kesan perbuatan rasuah terhadap orang yang tidak bersalah. (Amsal 14:31) Maka, Dia berjanji, “Aku akan bangkit dan bertindak demi orang yang ditindas.”—Mazmur 12:5.

Apakah yang akan Tuhan lakukan? Dia akan mencabut masalah ini dari akarnya dengan menggantikan semua kerajaan manusia dengan Kerajaan-Nya di syurga. (Matius 6:10; Markus 1:14, 15) Bible menyatakan, “Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang . . . akan meremukkan dan mengakhiri semua kerajaan itu. Hanya kerajaan [Tuhan] yang akan kekal buat selama-lamanya.” (Daniel 2:44) Tanpa kerajaan manusia, gejala rasuah akan berjaya dihapuskan.

Sebuah kerajaan tanpa rasuah

Bagaimanakah kita tahu bahawa Kerajaan Tuhan tidak akan dicemari gejala rasuah? Perhatikan sebab-sebab berikut.

  1. 1. Kuasa. Kerajaan ini menerima kuasa daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.—Wahyu 11:15.

    Mengapa ini penting: Kerajaan manusia dapat menyediakan perkhidmatan kerana menerima cukai daripada rakyat. Tetapi, sesetengah orang mengambil kesempatan ini untuk menggelapkan wang, menerima atau memberi rasuah, dan menyalahgunakan dana. Sebaliknya, Kerajaan Tuhan tidak akan mempunyai masalah ini kerana Tuhan Yang Maha Kuasa akan memenuhi segala keperluan rakyat-Nya.—Mazmur 145:16.

  2. 2. Pemerintah. Tuhan telah melantik Yesus Kristus sebagai Raja Kerajaan Tuhan.—Daniel 7:13, 14.

    Mengapa ini penting: Pemerintah manusia yang paling baik pun tidak sempurna dan mungkin terpengaruh untuk berbuat jahat. (Pengkhutbah 7:20) Tetapi, Yesus telah membuktikan bahawa dia tidak akan digoda dengan rasuah. (Matius 4:8-11) Selain itu, Yesus benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan rakyat Kerajaan Tuhan dan perbuatannya selalu didorong oleh kasih.—Mazmur 72:12-14.

  3. 3. Undang-undang. Undang-undang Kerajaan Tuhan adalah sempurna dan tidak membebankan.—Mazmur 19:7, 8.

    Mengapa ini penting: Amalan rasuah berleluasa kerana undang-undang kerajaan manusia biasanya sangat rumit, membebankan, dan tidak dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Tetapi, undang-undang Kerajaan Tuhan jauh berbeza kerana perintah Tuhan mudah dipatuhi dan sentiasa membawa manfaat. (Yesaya 48:17, 18) Selain itu, perintah Tuhan bukan sahaja merangkumi perbuatan seseorang, tetapi juga niat hatinya. (Matius 22:37, 39) Memandangkan Tuhan dapat membaca isi hati manusia, Dia akan memastikan perintah-Nya adalah munasabah serta melaksanakannya dengan penuh kasih.—Yeremia 17:10.

Belajarlah lebih banyak tentang kerajaan tanpa rasuah yang dijanjikan dalam Bible.

  • Bacalah rencana “Kerajaan Tuhan—Sebuah Kerajaan Tanpa Rasuah” untuk tahu tiga lagi sebab mengapa Kerajaan Tuhan tidak akan dicemari gejala rasuah.

  • Tontonlah video Apa Itu Kerajaan Tuhan? untuk belajar lebih banyak tentang Kerajaan Tuhan dan apa yang akan dilakukannya untuk bumi.

  • Cubalah kursus perbincangan Bible kami yang percuma dan ketahuilah lebih lanjut tentang harapan Bible.

a Menurut satu definisi, perbuatan rasuah merangkumi penyalahgunaan kuasa demi kepentingan sendiri.

b Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihat rencana, “Siapakah Yehuwa?”

Tontonlah video Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan? untuk memahami tujuan Tuhan mengizinkan kejahatan, termasuklah gejala rasuah untuk berlaku.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi