PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 39
  • Bolehkah Orang Kristian Menerima Rawatan Perubatan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bolehkah Orang Kristian Menerima Rawatan Perubatan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Menerima Rawatan Perubatan?
    Soalan Lazim
  • Lawanlah Iblis dan Tipu Muslihatnya
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 39

Bolehkah Orang Kristian Menerima Rawatan Perubatan?

Jawapan Bible

Ya. Yesus menunjukkan bahawa para pengikutnya boleh mendapatkan rawatan perubatan semasa dia berkata, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.” (Matius 9:12) Walaupun Bible bukan buku panduan kesihatan, Bible mengandungi prinsip-prinsip yang dapat membimbing orang yang ingin menyenangkan hati Tuhan.

Tanyalah diri soalan-soalan berikut

1. Adakah saya memahami rawatan yang dicadangkan? Bible menasihati kita untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai dan bukannya “percaya kepada setiap kata orang.”—Amsal 14:15.

2. Patutkah saya meminta pendapat doktor-doktor lain? Jika anda menghidap penyakit yang serius, adalah baik untuk mendapatkan lebih banyak nasihat.—Amsal 15:22.

3. Adakah rawatan tersebut melanggar perintah Bible untuk “menjauhi darah”?—Kisah 15:20.

4. Adakah terdapat unsur spiritisme semasa rawatan atau pemeriksaan dijalankan? Bible mengutuk “penggunaan ilmu sihir,” atau spiritisme. (Galatia 5:19-21) Untuk mengetahui sama ada terdapat unsur spiritisme atau tidak, tanyalah soalan-soalan berikut:

  • Adakah ahli perubatan itu menggunakan spiritisme?

  • Adakah rawatan yang dijalankan berdasarkan kepercayaan bahawa penyakit tersebut disebabkan oleh roh yang marah atau musuh yang menggunakan sihir?

  • Adakah ubat yang disediakan melibatkan penggunaan jampi, mantera, persembahan, atau benda lain yang berkaitan dengan spiritisme?

5. Adakah saya terlampau memikirkan tentang kesihatan saya? Bible menasihati kita, “Hendaklah sikap munasabah kamu diketahui semua orang.” (Filipi 4:5) Dengan bersikap munasabah, kita akan dibantu untuk bertumpu kepada “perkara-perkara yang lebih penting,” seperti hal-hal rohani.—Filipi 1:10; Matius 5:3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi