PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 46
  • Adakah Iblis Wujud?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Iblis Wujud?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Tanggapan yang salah mengenai Iblis
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Apakah Rupa Iblis?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 46

Adakah Iblis Wujud?

Jawapan Bible

Ya, Iblis memang wujud. Dia merupakan malaikat yang menjadi jahat dan memberontak terhadap Tuhan. Dia ialah “pemerintah dunia ini.” (Yohanes 14:30; Efesus 6:11, 12) Bible menunjukkan keperibadian Iblis melalui beberapa gelaran berikut:

  • Syaitan, yang bererti “Penentang.”—Ayub 1:6.

  • Iblis, yang bererti “Pemfitnah.”—Wahyu 12:9.

  • Ular, digunakan dalam Bible untuk membawa maksud “Penipu.”—2 Korintus 11:3.

  • Penggoda.—Matius 4:3.

  • Pendusta.—Yohanes 8:44.

Bukan sifat jahat dalam diri manusia

Sesetengah orang percaya bahawa Syaitan Si Iblis ialah sifat jahat yang tersembunyi dalam diri kita. Namun, Bible mencatatkan perbualan antara Tuhan dan Syaitan. Tuhan adalah sempurna. Maka, tidak mungkin Dia sedang bercakap dengan sebahagian daripada diri-Nya yang jahat. (Ulangan 32:4; Ayub 2:1-6) Selain itu, Syaitan telah menggoda Yesus, yang juga bebas daripada dosa. (Matius 4:8-10; 1 Yohanes 3:5) Kesimpulannya, Bible menunjukkan bahawa Syaitan ialah makhluk roh yang nyata, dan bukannya personifikasi kejahatan.

Patutkah kita berasa hairan kerana ramai orang tidak percaya bahawa Iblis benar-benar wujud? Tidak sama sekali, sebab Bible menerangkan bahawa Syaitan menggunakan tipu muslihat untuk menyesatkan orang. (2 Tesalonika 2:9, 10) Salah satu tipu helahnya adalah dengan membutakan fikiran ramai orang terhadap kewujudannya.—2 Korintus 4:4.

Tanggapan yang salah mengenai Iblis

Sangkaan orang: Lucifer ialah nama lain bagi Iblis.

Kebenaran: Perkataan Ibrani yang diterjemahkan dalam sesetengah Bible sebagai “Lucifer” bermaksud “bintang fajar yang cemerlang.” (Yesaya 14:12, Alkitab Berita Baik) Konteks ayat itu menunjukkan bahawa istilah ini merujuk kepada dinasti atau keturunan raja-raja Babilon, yang akan dihina oleh Tuhan kerana keangkuhannya. (Yesaya 14:4, 13-20) Ungkapan “bintang fajar yang cemerlang” digunakan untuk mengejek dinasti Babilon selepas dinasti itu digulingkan.

Sangkaan orang: Syaitan digunakan oleh Tuhan untuk menguji manusia.

Kebenaran: Syaitan ialah musuh Tuhan dan bukannya hamba kepada Tuhan. Syaitan Si Iblis menentang dan memfitnah orang yang menyembah Tuhan.​—1 Petrus 5:8; Wahyu 12:10.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi