PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 53
  • Apakah yang Berlaku apabila Kita Mati?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Berlaku apabila Kita Mati?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Makhluk Roh Tidak Pernah Hidup dan Mati di Bumi
    Roh Orang Mati—Kawan atau Lawan? Wujud atau Tidak?
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Di Manakah Orang yang Telah Mati?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Apakah yang Berlaku apabila Kita Mati?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 53

Apakah yang Berlaku apabila Kita Mati?

Jawapan Bible

Bible berkata, “Orang yang hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang mati tidak tahu apa-apa pun.” (Pengkhutbah 9:5; Mazmur 146:4) Maka, apabila kita mati, kita tidak wujud lagi. Orang mati tidak dapat berfikir, bertindak, atau merasai apa-apa.

“Engkau akan kembali ke tanah”

Semasa Tuhan bercakap dengan lelaki pertama, Adam, Dia menjelaskan apa yang berlaku apabila kita mati. Oleh sebab Adam tidak taat, Tuhan memberitahunya, “Engkau ini tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.” (Kejadian 3:19) Sebelum Tuhan menciptakan Adam daripada tanah, Adam tidak wujud. (Kejadian 2:7) Demikian juga, apabila Adam mati, dia telah kembali ke tanah dan tidak wujud lagi.

Hari ini, hal yang sama berlaku apabila seseorang mati. Bible berkata bahawa manusia dan binatang “berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.”​—Pengkhutbah 3:19, 20.

Kematian bukan akhir segala-galanya

Bible sering menyamakan kematian dengan tidur. (Mazmur 13:3; Yohanes 11:11-14; Kisah 7:60) Seseorang yang tidur lena tidak sedar akan apa yang berlaku di sekelilingnya. Begitu juga, orang mati tidak sedar akan apa-apa. Namun, Bible mengajar bahawa Tuhan dapat membangunkan orang mati seolah-olah daripada tidur dan memberi mereka nyawa lagi. (Ayub 14:13-15) Bagi mereka yang akan dibangkitkan oleh Tuhan, kematian bukanlah akhir segala-galanya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi