PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 52
  • Apakah Tujuan Hidup Kita?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Tujuan Hidup Kita?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Kita?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Anda Dapat Menjadi Sahabat Yehuwa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Anda Dapat Mengenali Tuhan Secara Peribadi?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Saya Tiada Ketenangan Hidup—Dapatkah Agama, Tuhan, atau Bible Membantu Saya?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 52

Apakah Tujuan Hidup Kita?

Jawapan Bible

Soalan tentang tujuan hidup mungkin ditanya dalam pelbagai cara, misalnya Mengapakah kita wujud? atau Adakah hidup saya mempunyai makna? Bible menunjukkan bahawa tujuan hidup kita adalah untuk menjalin persahabatan dengan Tuhan. Perhatikan beberapa kebenaran asas yang dinyatakan dalam Bible.

  • Tuhan ialah Pencipta kita. Bible berkata: “[Tuhanlah] yang menciptakan kita, dan kita merupakan milik-Nya.”​—Mazmur 100:3; Wahyu 4:11.

  • Segala ciptaan Tuhan, termasuk kita, mempunyai tujuan.​—Yesaya 45:18.

  • Tuhan menciptakan kita dengan “keperluan rohani,” yang merangkumi keinginan untuk mencari makna dalam kehidupan. (Matius 5:3) Dia mahu kita memuaskan keinginan itu.​—Mazmur 145:16.

  • Kita memenuhi keperluan rohani kita dengan menjalin persahabatan dengan Tuhan. Meskipun sesetengah orang mungkin berfikir bahawa kita tidak dapat menjadi sahabat Tuhan, Bible memberikan galakan ini: “Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu.”​—Yakobus 4:8; 2:23.

  • Untuk menjadi sahabat Tuhan, kita mesti hidup selaras dengan tujuan-Nya bagi kita. Bible menyatakan tujuan ini di Pengkhutbah 12:13: “Hormatilah [Tuhan], dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.”​—Alkitab Berita Baik.

  • Pada masa depan, kita boleh menikmati sepenuhnya tujuan asal Tuhan bagi kita semasa Dia menyingkirkan penderitaan dan mengurniakan kehidupan kekal kepada sahabat-Nya, iaitu mereka yang menyembah-Nya.​—Mazmur 37:10, 11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi