PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 57
  • Apakah Ajaran Bible tentang Homoseksual?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Ajaran Bible tentang Homoseksual?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Adakah Perbuatan Homoseksual Salah?
    Kaum Muda Bertanya
  • Saya Tertarik kepada Orang yang Sama Jantina—Adakah Saya Homoseksual?
    Kaum Muda Bertanya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 57

Apakah Ajaran Bible tentang Homoseksual?

Jawapan Bible

Tuhan menentukan bahawa hubungan seks hanya boleh dilakukan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang sudah berkahwin. (Kejadian 1:​27, 28; Imamat 18:22; Amsal 5:​18, 19) Bible melarang hubungan seks antara orang yang bukan suami isteri, sama ada hubungan sejenis atau lawan jenis. (1 Korintus 6:​18) Hal ini merangkumi perbuatan bersetubuh, meraba kemaluan orang lain, dan mengadakan hubungan seks oral atau seks dubur.

Walaupun Bible melarang hubungan homoseksual, Bible tidak setuju dengan sikap kebencian atau ketakutan terhadap homoseksual atau homofobia. Sebaliknya, orang Kristian digesa untuk ‘menghormati semua orang.’​—1 Petrus 2:​17, Alkitab Berita Baik.

Adakah seseorang dilahirkan sebagai homoseksual?

Bible tidak membincangkan keadaan genetik orang yang mempunyai keinginan homoseksual, tetapi mengakui bahawa kita semua dilahirkan dengan kecenderungan untuk melanggar perintah Tuhan. (Roma 7:​21-​25) Bible melarang hubungan sejenis dan bukannya bertumpu kepada punca keinginan homoseksual.

Bagaimanakah kita dapat menyenangkan hati Tuhan jika kita tertarik kepada orang yang sama jantina?

Bible kata, “Matikanlah keinginan dalam anggota tubuh kamu sehubungan dengan perbuatan seks yang tidak bermoral.” (Kolose 3:5) Untuk mematikan keinginan salah yang akan menyebabkan anda melakukan perbuatan salah, anda perlu mengawal fikiran anda. Jika anda mengisi minda dengan perkara yang baik, anda akan lebih senang untuk menolak keinginan yang salah. (Filipi 4:8; Yakobus 1:​14, 15) Pada mulanya, anda mungkin bergelut untuk melakukannya, tetapi lama kelamaan hal itu akan menjadi lebih mudah. Tuhan berjanji untuk membantu anda ‘terus membaharui cara anda berfikir.’​—Efesus 4:​22-​24.

Jutaan orang yang ingin mengikut piawaian Bible juga bergelut dengan keinginan seks antara lawan jenis, iaitu heteroseksual. Contohnya, terdapat orang bujang yang mungkin susah untuk mencari pasangan yang sesuai atau orang yang sudah berkahwin tetapi pasangan mereka tidak dapat melakukan hubungan seks. Walaupun mereka mungkin menghadapi godaan, mereka memilih untuk mengawal keinginan seksual dan masih dapat hidup dengan bahagia. Orang yang bergelut dengan keinginan seks antara lawan jenis juga dapat berbuat demikian jika mereka benar-benar ingin menyenangkan hati Tuhan.​—Ulangan 30:19.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi