PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 72
  • Buku Wahyu—Apakah Maksudnya?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Buku Wahyu—Apakah Maksudnya?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Wahyu 21:1—“Langit Baru dan Bumi Baru”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Firdaus Dipulihkan!
    Bible—Apakah Mesejnya?
  • Buku Wahyu—Kaitannya dengan Anda Hari Ini
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 72
Seorang lelaki membayangkan seekor binatang buas dan penunggang-penunggang kuda semasa dia membaca buku Wahyu

Buku Wahyu​—Apakah Maksudnya?

Jawapan Bible

Perkataan Yunani bagi nama buku Wahyu ialah A·po·kaʹly·psis (Bahasa Inggeris: apocalypse) yang bermaksud “Mendedahkan” atau “Menyingkapkan.” Jadi buku Wahyu mendedahkan hal-hal yang telah dirahsiakan dan menyingkapkan peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. Banyak nubuat dalam buku Wahyu belum lagi menjadi kenyataan.

Gambaran keseluruhan buku Wahyu

  • Pengenalan.​—Wahyu 1:​1-9.

  • Mesej daripada Yesus kepada tujuh buah sidang.​—Wahyu 1:10–​3:​22.

  • Penglihatan tentang hadirat Yehuwa yang bertakhta di syurga.​—Wahyu 4:1-​11.

  • Penglihatan-penglihatan yang muncul secara berturut-turut:

    • Gulungan yang mempunyai tujuh meterai.​—Wahyu 5:1–​8:6.

    • Tujuh trompet ditiup; tiga trompet terakhir memperkenalkan tiga bencana.​—Wahyu 8:7–​14:20.

    • Tujuh mangkuk yang setiap satunya berisi hukuman daripada Tuhan, yang akan dicurahkan ke atas bumi.​—Wahyu 15:1–​16:21.

    • Penglihatan tentang pembinasaan musuh-musuh Tuhan.​—Wahyu 17:1–​20:10.

    • Penglihatan tentang berkat-berkat daripada Tuhan untuk langit dan bumi.​—Wahyu 20:11–​22:5.

  • Penutup.​—Wahyu 22:​6-​21.

Cara untuk memahami buku Wahyu

  1. Mesej dalam buku Wahyu membawa harapan kepada orang yang menyembah Tuhan. Ramai orang mungkin berasa takut kerana mengaitkan perkataan apocalypse dengan Hari Kiamat. Tetapi kata-kata di awal dan akhir buku Wahyu mengatakan bahawa orang yang membaca, memahami, dan bertindak selaras dengan mesejnya akan bahagia.​—Wahyu 1:3; 22:7.

  2. Buku Wahyu menggunakan banyak lambang atau simbol yang tidak patut ditafsirkan secara harfiah.​—Wahyu 1:1.

  3. Banyak watak dan lambang utama dalam buku Wahyu telah dijelaskan dalam buku-buku Bible sebelumnya:

    • Yehuwa​—‘satu-satunya Tuhan di langit’ dan Pencipta segala sesuatu.​—Ulangan 4:​39; Mazmur 103:19; Wahyu 4:​11; 15:3.

    • Yesus Kristus​—“Anak Bebiri Tuhan.”​—Yohanes 1:​29; Wahyu 5:6; 14:1.

    • Syaitan Si Iblis​—musuh besar Tuhan.​—Kejadian 3:​14, 15; Yohanes 8:​44; Wahyu 12:9.

    • Babilon Besar​—musuh Tuhan Yehuwa dan umat-Nya, dan merupakan sumber ajaran palsu, seperti kota Babilon (Babel) zaman kuno.​—Kejadian 11:​2-9; Yesaya 13:​1, 11; Wahyu 17:​4-6; 18:​4, 20.

    • “Laut”​—manusia jahat yang menentang Tuhan.​—Yesaya 57:20; Wahyu 13:1; 21:1.

    • Sesetengah ciri yang mirip dengan khemah suci Tuhan pada zaman kuno​—seperti tabut perjanjian, lautan kaca (besen yang berisi air), pelita, kemenyan, dan mazbah tempat membakar korban.​—Keluaran 25:10, 17, 18; 40:24-32; Wahyu 4:​5, 6; 5:8; 8:3; 11:19.

    • Binatang-binatang buas​—melambangkan kerajaan manusia.​—Daniel 7:​1-8, 17-​26; Wahyu 13:​2, 11; 17:3.

    • Nombor-nombor yang mempunyai makna simbolik.​—Wahyu 1:​20; 8:​13; 13:18; 21:16.

  4. Penglihatan-penglihatan itu berkaitan dengan “hari Tuan,” yang bermula apabila Kerajaan Tuhan ditubuhkan pada tahun 1914 dan Yesus mula memerintah sebagai raja. (Wahyu 1:​10) Oleh itu, nubuat-nubuat dalam buku Wahyu akan menjadi kenyataan pada zaman kita.

  5. Untuk memahami buku Wahyu, caranya sama seperti cara memahami buku-buku Bible lain, iaitu kita memerlukan kebijaksanaan Tuhan dan bantuan orang yang sudah memahaminya.​—Kisah 8:​26-​39; Yakobus 1:5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi