PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 136
  • Adakah Maria Ibu Tuhan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Maria Ibu Tuhan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • “Aku Hamba Perempuan Yehuwa!”
    Tirulah Iman Mereka
  • Maria Menyimpannya dalam Hati
    Tirulah Iman Mereka
  • Apakah yang Dikatakan Bible tentang Perawan Maria?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 136
Maria bersama Yesus yang masih bayi

Adakah Maria Ibu Tuhan?

Jawapan Bible

Tidak. Bible tidak mengajar bahawa Maria ialah ibu Tuhan. Bible juga tidak pernah menyuruh orang Kristian menyembah atau memuja dia.a Perhatikan sebab-sebabnya:

  • Maria tidak pernah berkata bahawa dia ialah ibu kepada Tuhan. Bible menjelaskan bahawa Maria melahirkan “Anak Tuhan,” bukannya Tuhan.​—Markus 1:1; Lukas 1:​32.

  • Yesus Kristus tidak pernah mengatakan bahawa Maria ialah ibu Tuhan atau harus diberi perhatian khusus. Pernah sekali seorang wanita mengatakan bahawa Maria berbahagia kerana peranannya yang istimewa sebagai ibu Yesus. Namun, Yesus membetulkan pandangannya dengan berkata, “Tidak. Sebaliknya, berbahagialah orang yang mendengar firman Tuhan dan menurutinya!”​—Lukas 11:27, 28.

  • Ungkapan “Ibu Tuhan” atau “Theotokos” (orang yang melahirkan Tuhan) tidak wujud dalam Bible.

  • Dalam Bible, ungkapan “Ratu Syurga” merujuk kepada agama palsu yang disembah oleh orang Israel yang murtad, bukannya Maria. (Yeremia 44:15-​19) “Ratu Syurga” itu mungkin merujuk kepada dewi orang Babilon yang dipanggil sebagai Ishtar (Astarte).

  • Orang Kristian pada abad pertama tidak menyembah Maria ataupun memperlakukannya dalam cara yang istimewa. Menurut seorang sejarawan, orang Kristian pada abad pertama “menolak perbuatan memuja manusia. Mereka mungkin risau kelihatan seperti memuja seorang dewi jika Maria diberikan perhatian yang berlebihan.”​—In Quest of the Jewish Mary.

  • Bible berkata bahawa Tuhan sentiasa wujud. (Mazmur 90:1, 2; Yesaya 40:28) Memandangkan Tuhan tiada permulaan, jadi tidak mungkin Dia ada seorang ibu. Selain itu, tidak mungkin Maria dapat mengandungkan Tuhan dalam rahimnya kerana Bible dengan jelas beritahu bahawa seluruh langit pun tidak cukup luas bagi Tuhan.​—1 Raja-Raja 8:​27.

Maria ialah Ibu Yesus, bukan “Ibu Tuhan”

Maria ialah orang Yahudi dan daripada keturunan Raja Daud. (Lukas 3:​23-​31) Dia seorang yang sangat beriman dan setia, maka Tuhan sangat memperkenankannya. (Lukas 1:​28) Maka Tuhan memilihnya untuk menjadi ibu Yesus. (Lukas 1:​31, 35) Maria dan suaminya, Yusuf, juga mempunyai anak-anak lain.​—Markus 6:3.

Bible memberitahu bahawa Maria menjadi murid Yesus. Namun, Bible tidak memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai Maria.​—Kisah 1:​14.

Mengapakah sesetengah orang menganggap Maria sebagai ibu Tuhan?

Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Maria mula dipuja sejak akhir abad keempat Masihi. Pada masa itu, Gereja Katolik menjadi agama rasmi dalam Empayar Roma. Hasilnya, ramai orang yang dahulunya menyembah berhala mengaku diri sebagai penganut agama Kristian. Gereja juga telah menyerapkan ajaran Tritunggal yang tidak berdasarkan kebenaran Bible.

Ramai penganut agama dipengaruhi oleh ajaran Tritunggal. Mereka beranggapan bahawa memandangkan Yesus ialah Tuhan, maka Maria ialah ibu Tuhan. Pada tahun 431 M, sebuah majlis gereja di Efesus mengisytiharkan secara rasmi bahawa Maria ialah “Ibu Tuhan.” Sejak itu, orang semakin memuja Maria sehingga kebiasaan ini menjadi sangat berleluasa. Seraya orang yang menyembah berhala juga menyertai gereja, patung dan gambar Perawan Maria beransur-ansur menggantikan patung dan gambar dewi kesuburan mereka seperti Artemis (atau disebut sebagai Diana oleh orang Roma) dan Isis.

Pada tahun 432 M, Paus Sixtus III memberikan perintah untuk membina sebuah gereja di Roma untuk menghormati “Ibu Tuhan.” Gereja itu dibina berhampiran dengan sebuah kuil yang telah dibina untuk dewi Lucina (dewi kelahiran yang dipuja oleh orang Roma). Menurut seorang penulis, gereja tersebut merupakan “simbol abadi yang melambangkan penyatuan antara penyembahan Ibu Agung daripada agama palsu dengan penyembahan Maria, selepas agama Kristian menjadi agama rasmi Roma.”​—Mary​—The Complete Resource.

a Beberapa aliran agama mengajarkan bahawa Maria ialah ibu Tuhan. Mereka mungkin memanggilnya sebagai “Ratu Syurga” atau dalam Bahasa Yunani, Theotokos, yang merujuk kepada orang yang melahirkan Tuhan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi