PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 159
  • Adakah Binatang Masuk Syurga?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Binatang Masuk Syurga?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah yang berlaku apabila binatang mati?
  • Adakah binatang berdosa?
  • Apakah pandangan Tuhan terhadap penderaan binatang?
  • Apakah Asal Usul Kehidupan?
    Menara Pengawal—2015
  • Gaya Hidup Vegan—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • “Jiwa” dan “Roh”—Apakah Maksud Sebenar Kedua-dua Perkataan Ini?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Siapakah yang menciptakan anda?
    Kehidupan Abadi di Firdaus!
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 159
Seekor anjing

Adakah Binatang Masuk Syurga?

Jawapan Bible

Menurut Bible, hanya segelintir manusia antara semua makhluk hidup di bumi yang akan pergi ke syurga. (Wahyu 14:1, 3) Mereka pergi ke syurga untuk memerintah sebagai raja dan imam bersama Yesus. (Lukas 22:28-30; Wahyu 5:9, 10) Kebanyakan manusia akan dibangkitkan dan hidup di bumi firdaus.—Mazmur 37:11, 29.

Bible tidak pernah menyebut tentang sebuah syurga untuk binatang kesayangan. Hal ini kerana binatang tidak layak untuk “dipanggil ke syurga.” (Ibrani 3:1) Binatang tidak dapat mengenali Tuhan dan Yesus, tidak boleh menunjukkan iman, dan tidak mampu mentaati perintah Tuhan. (Matius 19:17; Yohanes 3:16; 17:3) Hanya manusia sahaja yang diciptakan dengan harapan untuk hidup selama-lamanya.—Kejadian 2:16, 17; 3:22, 23.

Makhluk di bumi mesti dibangkitkan terlebih dahulu untuk pergi ke syurga. (1 Korintus 15:42) Bible pernah menyebut tentang beberapa kisah pembangkitan. (1 Raja-Raja 17:17-24; 2 Raja-Raja 4:32-37; 13:20, 21; Lukas 7:11-15; 8:41, 42, 49-56; Yohanes 11:38-44; Kisah 9:36-42; 20:7-12) Namun, dalam setiap peristiwa ini, manusialah yang dibangkitkan, bukan binatang.

  • Apakah yang berlaku apabila binatang mati?

  • Adakah binatang berdosa?

  • Apakah pandangan Tuhan terhadap penderaan binatang?

Apakah yang berlaku apabila binatang mati?

Bible mengatakan bahawa semua makhluk hidup, termasuk binatang dan manusia, diciptakan daripada “tanah” dan diberikan “nafas kehidupan.” (Kejadian 1:24; 2:7) Bible juga mengajar bahawa binatang dan manusia akan mati, dan akhirnya “kembali ke tanah.” (Pengkhutbah 3:19, 20) Maksudnya, binatang dan manusia yang sudah mati tidak lagi wujud.

Adakah binatang berdosa?

Tidak. Binatang tidak boleh membuat keputusan berdasarkan prinsip moral, jadi binatang tidak dapat memikirkan atau melakukan sesuatu yang melanggar perintah Tuhan. Binatang biasanya bertindak mengikut naluri. (2 Petrus 2:12) Walaupun binatang tidak berdosa, jangka hayat binatang tetap terhad dan akhirnya akan mati.

Apakah pandangan Tuhan terhadap penderaan binatang?

Tuhan memberi manusia kekuasaan atas binatang, tetapi tidak memberikan hak untuk mendera binatang. (Kejadian 1:28; Mazmur 8:6-8) Tuhan mengambil berat terhadap semua binatang, termasuk burung kecil. (Yunus 4:11; Matius 10:29) Tuhan juga memberi perintah kepada penyembah-Nya untuk bertimbang rasa terhadap binatang.—Keluaran 23:12; Ulangan 25:4; Amsal 12:10.

Ayat-ayat Bible mengenai binatang

Kejadian 1:28: “Lalu Tuhan memberkati [Adam dan Hawa] dan berfirman kepada mereka, ‘Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak. Penuhilah bumi, dan hendaklah kamu menguasainya. Hendaklah kamu menguasai ikan di laut, makhluk yang berterbangan di langit, dan semua makhluk hidup di bumi.’”

Maksud: Tuhan memberi manusia kekuasaan atas binatang.

Pengkhutbah 3:19, 20: “Kerana apa yang akan berlaku kepada manusia, juga akan berlaku kepada binatang. Manusia dan binatang mempunyai kesudahan yang sama. Manusia akan mati, dan binatang pun akan mati. . . . Kedua-duanya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah.”

Maksud: Binatang dan manusia kembali ke tanah apabila kedua-duanya mati.

Amsal 12:10: “Orang baik menjaga binatang peliharaannya.”

Maksud: Orang baik menjaga binatang dengan baik, termasuk binatang peliharaan mereka.

Matius 10:29: “Bukankah dua ekor burung pipit dijual dengan mata wang yang kecil nilainya? Meskipun demikian, tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa diketahui oleh Bapa kamu.”

Maksud: Tuhan memerhatikan dan menjaga binatang, termasuk burung-burung kecil.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi