PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 166
  • Adakah Wang Punca Segala Kejahatan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Wang Punca Segala Kejahatan?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah yang Bible katakan tentang wang?
  • Mengapakah Bible memberi kita amaran tentang sikap cinta akan wang?
  • Apakah manfaat yang kita peroleh apabila kita menerapkan nasihat Bible tentang wang?
  • Cara untuk Mengurus Wang
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Cara untuk Berpuas Hati
    Sedarlah!—2021
  • Pandangan Bible tentang Kerja dan Wang
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 166
Seorang lelaki sedang menjangkau banyak wang.

Adakah Wang Punca Segala Kejahatan?

Jawapan Bible

Tidak. Bible tidak mengatakan bahawa wang ialah sesuatu yang jahat atau punca segala hal yang jahat. Orang sering berkata “wang adalah punca segala kejahatan,” tetapi ungkapan ini merupakan petikan Bible yang tidak lengkap, bahkan mengelirukan. Sebenarnya, Bible mengatakan bahawa “cinta akan wang punca segala kejahatan.”a—1 Timotius 6:10, Alkitab Versi Borneo, penekanan ditambah.

  • Apakah yang Bible katakan tentang wang?

  • Mengapakah Bible memberi kita amaran tentang sikap cinta akan wang?

  • Apakah manfaat yang kita peroleh apabila kita menerapkan nasihat Bible tentang wang?

  • Ayat-ayat Bible mengenai wang

Apakah yang Bible katakan tentang wang?

Bible mengakui bahawa wang itu bermanfaat, bahkan dapat “melindungi seseorang,” apabila digunakan dengan bijak. (Pengkhutbah 7:12) Tambahan pula, Bible memuji orang yang murah hati, termasuklah mereka yang memberikan wang kepada orang lain.—Amsal 11:25.

Pada masa yang sama, Bible memberi kita amaran agar tidak menjadikan wang sebagai tumpuan hidup kita. Bible mengatakan, “Hendaklah cara hidup kamu bebas daripada cinta akan wang. Sebaliknya hendaklah kamu berpuas hati dengan apa yang kamu miliki.” (Ibrani 13:5) Maka, kita harus menggunakan wang yang kita miliki dengan sebaik-baiknya, dan tidak mengejar kekayaan. Sebaliknya, kita berazam untuk berpuas hati dengan perkara asas yang kita perlukan, seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.—1 Timotius 6:8.

Mengapakah Bible memberi kita amaran tentang sikap cinta akan wang?

Orang yang tamak tidak akan menerima kehidupan kekal. (Efesus 5:5) Hal ini kerana ketamakan merupakan sejenis penyembahan berhala, atau ibadat palsu. (Kolose 3:5) Orang yang tamak juga sering mengabaikan prinsip yang baik demi mendapatkan apa yang diingini mereka. Amsal 28:20 mengatakan bahawa “orang yang ingin cepat kaya pasti akan melakukan kesalahan.” Mereka mungkin tergoda untuk melakukan jenayah, seperti memeras ugut, menipu, menculik, atau membunuh.

Biarpun seseorang yang cinta akan wang tidak melakukan perbuatan yang jahat, sikap itu tetap membawa kesan yang negatif. Bible mengatakan bahawa “orang yang bertekad untuk menjadi kaya akan menyerah kepada godaan, jatuh ke dalam jerat, dan ditawan oleh banyak keinginan yang sia-sia dan yang memudaratkan.”—1 Timotius 6:9.

Apakah manfaat yang kita peroleh apabila kita menerapkan nasihat Bible tentang wang?

Jika kita tidak menggadaikan nilai-nilai moral dan rohani demi memperoleh lebih banyak wang, kita dapat memelihara maruah diri serta perkenan dan sokongan Tuhan. Perhatikan janji Tuhan kepada mereka yang berusaha untuk menyenangkan hati-Nya, “Aku sama sekali tidak akan meninggalkan engkau, dan Aku sama sekali tidak akan mengabaikan engkau.” (Ibrani 13:5, 6) Dia juga berjanji bahawa “orang yang setia akan mendapat berkat yang berlimpah.”—Amsal 28:20.

Ayat-ayat Bible mengenai wang

Pengkhutbah 7:12: “Duit dapat melindungi seseorang.”

Maksud: Wang bermanfaat jika digunakan dengan bijak, kerana keperluan asas kita dapat dipenuhi.

Lukas 12:15: “Biarpun seseorang mempunyai banyak harta, harta miliknya tidak memberinya kehidupan.”

Maksud: Wang bukanlah perkara yang terpenting dalam hidup kita, dan wang tidak dapat menyelamatkan kita.

1 Timotius 6:10: “Sikap cinta akan wang ialah akar kepada segala macam kejahatan. Sesetengah orang telah menyimpang daripada kepercayaan dan menikam diri dengan banyak kesakitan kerana mereka dikuasai sikap cinta akan wang.”

Maksud: Masalahnya bukan wang, tetapi sikap cinta akan wang. Orang yang menjadikan wang sebagai fokus utama hidup mereka mendatangkan banyak masalah, seperti keluarga yang berpecah-belah dan kesihatan yang buruk akibat bekerja bermati-matian.

Ibrani 13:5: “Hendaklah cara hidup kamu bebas daripada cinta akan wang. Sebaliknya hendaklah kamu berpuas hati dengan apa yang kamu miliki.”

Maksud: Daripada mengejar kekayaan dengan sedaya upaya, lebih baik kita berpuas hati dengan perkara asas yang kita benar-benar perlukan.

Matius 19:24: “Adalah lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada orang yang kaya memasuki Kerajaan Tuhan.”

Maksud: Yesus baru menjemput seorang pemuda yang kaya untuk menjadi pengikutnya. Pemuda itu menolak jemputan Yesus, kerana dia terlalu mencintai hartanya. Maka, Yesus sedang memberikan amaran bahawa seseorang yang mementingkan kekayaan lebih daripada Tuhan akan kehilangan peluang untuk hidup kekal.

a Ayat ini juga boleh diterjemahkan sebagai: “Sikap cinta akan wang ialah akar kepada segala macam kejahatan.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi