PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbv rencana 26
  • Mazmur 46:10—’Diamlah, dan Ketahuilah Aku Tuhan’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mazmur 46:10—’Diamlah, dan Ketahuilah Aku Tuhan’
  • Ayat Bible Dijelaskan
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maksud Mazmur 46:10
  • Konteks Mazmur 46:10
  • Mazmur 37:4—“Cari Kebahagiaan daripada TUHAN”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Mazmur 23:4—“Meskipun Aku Berjalan di Lembah yang Gelap-Gelita”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Nubuat Bible tentang Mesias
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Tuhan Mempunyai Berapa Nama?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Lihat Selanjutnya
Ayat Bible Dijelaskan
ijwbv rencana 26

AYAT BIBLE DIJELASKAN

Mazmur 46:10—’Diamlah, dan Ketahuilah Aku Tuhan’

“Tuhan berfirman, ‘Tunduklah kepada-Ku dan ketahuilah bahawa Akulah Tuhan. Aku akan diagungkan dalam kalangan bangsa-bangsa, dan Aku akan dimuliakan di seluruh bumi.’”—Mazmur 46:10, Terjemahan Dunia Baharu.

‘Diamlah, dan ketahuilah Aku Tuhan; Aku akan dimuliakan dalam kalangan bangsa-bangsa, Aku akan dimuliakan di bumi ini.’—Mazmur 46:10, Alkitab Versi Borneo.

Maksud Mazmur 46:10

Tuhan menggesa semua orang untuk menyembah-Nya dan mengakui hak-Nya untuk memerintah seluruh bumi. Kuasa dan hak-Nya untuk memerintah tidak dapat dinafikan dan semua orang yang ingin hidup selama-lamanya mesti mengakui kebenaran ini.—Wahyu 4:11.

“Tunduklah kepada-Ku dan ketahuilah bahawa Akulah Tuhan.” Sesetengah terjemahan Bible menterjemahkan bahagian pertama ayat ini sebagai “diamlah.” Itulah sebabnya ramai orang mempunyai tanggapan yang salah tentang ayat ini. Mereka berfikir bahawa ini adalah perintah untuk menunjukkan hormat dan berdiam diri semasa di gereja. Namun, frasa Ibrani yang diterjemahkan sebagai “Tunduklah kepada-Ku dan ketahuilah bahawa Akulah Tuhan,” merupakan suatu seruan daripada Tuhan Yehuwaa sendiri. Dia menggesa orang dari segala bangsa untuk berhenti menentang-Nya dan mengakui bahawa Dia sahaja layak disembah.

Mazmur 2 mengandungi seruan yang serupa. Dalam mazmur itu, Yehuwa berjanji untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menentang-Nya. Sebaliknya, orang yang mengakui hak Tuhan untuk memerintah akan bergantung kepada-Nya untuk mendapatkan bimbingan, kekuatan, dan kebijaksanaan. Jadi, “orang yang berlindung kepada-Nya” berasa bahagia dan dilindungi, terutamanya semasa menghadapi kesusahan.—Mazmur 2:9-12.

“Aku akan diagungkan dalam kalangan bangsa-bangsa, dan Aku akan dimuliakan di seluruh bumi.” Pada masa lampau, Yehuwa dimuliakan apabila Dia menggunakan kuasa-Nya yang hebat untuk melindungi umat-Nya. (Keluaran 15:1-3) Pada masa depan pula, Dia akan dimuliakan pada skala yang jauh lebih besar apabila semua orang di bumi tunduk kepada pemerintahan-Nya dan menyembah-Nya.—Mazmur 86:9, 10; Yesaya 2:11.

Konteks Mazmur 46:10

Suatu rujukan menyebut bahawa Mazmur 46 ialah “satu lagu rohani yang mengagungkan kuasa Tuhan, pelindung perkasa bagi umat-Nya.” Apabila menyanyikan Mazmur 46, umat Tuhan sedang mengungkapkan keyakinan mereka bahawa Yehuwa dapat melindungi dan menolong mereka. (Mazmur 46:1, 2) Kata-kata ini mengingatkan mereka bahawa Yehuwa sentiasa menyertai mereka.—Mazmur 46:7, 11.

Untuk menguatkan keyakinan bahawa Yehuwa mempunyai kuasa untuk melindungi mereka, mazmur itu menggalakkan mereka untuk merenungkan perbuatan menakjubkan yang pernah dilakukan-Nya. (Mazmur 46:8) Secara khasnya, mazmur itu menonjolkan kebolehan Tuhan untuk menghentikan peperangan. (Mazmur 46:9) Boleh dikatakan, Tuhan telah menghentikan peperangan pada zaman Bible dengan melindungi umat-Nya daripada bangsa-bangsa yang merupakan musuh mereka. Namun, Bible berjanji bahawa tidak lama lagi Tuhan akan melakukan hal yang sama dalam skala yang lebih besar apabila Dia menghentikan semua peperangan di seluas dunia.—Yesaya 2:4.

Adakah Yehuwa masih membantu para penyembah-Nya hari ini? Ya. Malah, Rasul Paulus menggalakkan orang Kristian dengan kuat supaya bergantung kepada Yehuwa untuk mendapatkan bantuan-Nya. (Ibrani 13:6) Kata-kata di Mazmur 46 menguatkan keyakinan kita bahawa Yehuwa mempunyai kuasa untuk melindungi kita dan membantu kita memandang Tuhan sebagai “tempat naungan dan kekuatan kita.”—Mazmur 46:1.

Baca Mazmur 46 termasuk semua nota kaki dan rujukan silang.

Sila menonton video pendek ini untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang buku Mazmur.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihatlah rencana “Siapakah Yehuwa?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi