PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbv rencana 47
  • Amsal 22:6—“Ajarilah Anak Cara Hidup yang Betul”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Amsal 22:6—“Ajarilah Anak Cara Hidup yang Betul”
  • Ayat Bible Dijelaskan
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Maksud Amsal 22:6
  • Konteks Amsal 22:6
  • Cara Mendidik Anak Anda
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Amsal 16:3—“Serahkanlah Segala Usahamu kepada TUHAN”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Latihlah Anak Anda sejak Kecil Lagi
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • Amsal 3:5, 6—“Jangan Bergantung kepada Pengertianmu Sendiri”
    Ayat Bible Dijelaskan
Lihat Selanjutnya
Ayat Bible Dijelaskan
ijwbv rencana 47

AYAT BIBLE DIJELASKAN

Amsal 22:6—“Ajarilah Anak Cara Hidup yang Betul”

“Ajarilah anak haluan yang harus ditempuhnya; maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.”—Amsal 22:6, Terjemahan Dunia Baharu.

“Ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian.”—Amsal 22:6, Alkitab Berita Baik.

Maksud Amsal 22:6

Ibu bapa yang mengajar anak mereka untuk mengasihi Tuhan dan menghormati hukum-Nya dapat menjangkakan bahawa latihan ini akan membantu anak mereka sepanjang hidup mereka.

“Ajarilah anak haluan yang harus ditempuhnya.” Ayat ini juga boleh diterjemahkan sebagai “bantulah anak untuk mula mengikut haluan yang benar.” Berkali-kali, buku Amsal menggesa ibu bapa untuk mengajar anak mereka apa yang betul dan apa yang salah sejak anak mereka masih kecil lagi. (Amsal 19:18; 22:15; 29:15) Namun, ibu bapa yang pengasih sedar bahawa anak-anak mereka pun ada kebebasan untuk memilih. Maka mereka tidak akan sekadar memberitahu anak mereka apa yang harus dilakukan. Sebaliknya, mereka akan menjelaskan mengapa sesuatu harus dilakukan atau dielakkan. Dengan itu, mereka dapat membantu anak mereka untuk membesar menjadi orang dewasa yang matang, bertanggungjawab, dan mampu membuat keputusan yang bijak.—Ulangan 6:6, 7; Kolose 3:21.

Sesetengah pakar Bible berasa bahawa ungkapan ini bermaksud “ajarilah anak untuk mengikut kecenderungan semula jadinya.” Penjelasan ini kedengaran masuk akal, namun dalam bahasa Ibrani asal, ungkapan “haluan yang harus ditempuhnya” merujuk kepada haluan hidup yang baik, yang diperkenankan Tuhan. Buku Amsal menyatakan bahawa kita boleh pilih dua haluan dalam hidup kita. Satu ialah “haluan orang yang baik,” “haluan kebijaksanaan,” dan “haluan yang betul.” (Amsal 2:20; 4:11; 23:19) Satu lagi ialah “haluan orang yang keji,” haluan “orang bodoh,” dan “haluan yang salah.” (Amsal 4:14; 12:15; 16:29) Maka, membantu anak untuk mengikut haluan yang “harus ditempuhnya” merujuk kepada “haluan yang betul” atau haluan yang diajar dalam Firman Tuhan, iaitu Bible.—Mazmur 119:105.

“Maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.” Apabila ibu bapa mengajar anak mereka tentang standard moral Tuhan, kemungkinan besar anak mereka akan terus mengikut haluan yang benar sepanjang hidup mereka. Namun, hal itu tidak bermaksud bahawa jika anak mereka telah menerima latihan yang baik, anak mereka tidak akan melanggar hukum Tuhan atau “menyimpang” daripada haluan yang benar. Contohnya, jika seseorang sering bergaul dengan orang yang suka melakukan apa yang jahat, dia mungkin akan meninggalkan “haluan benar” dan melakukan apa yang salah. (Amsal 2:12-16; 1 Korintus 15:33) Biarpun begitu, jika ibu bapa mengajar anak mereka untuk mengikut standard Tuhan, mereka sedang memberi anak mereka peluang terbaik untuk berjaya dalam hidup.—Amsal 2:1, 11.

Konteks Amsal 22:6

Amsal bab 22 ada banyak ungkapan ringkas yang mencerminkan kebijaksanaan Tuhan dalam pelbagai situasi hidup. Ayat-ayat ini menekankan pentingnya untuk mempunyai nama yang baik di hadapan Yehuwa.a Seseorang boleh memperoleh nama yang baik jika dia rendah hati, murah hati, dan rajin. (Amsal 22:1, 4, 9, 29) Namun, ayat-ayat lain juga menunjukkan bahawa orang yang tidak mengendahkan standard Tuhan dan suka menindas orang miskin akan mendapat padah.—Amsal 22:8, 16, 22-27.

Walaupun kebanyakan ayat di Amsal bab 22 tidak bercakap tentang latihan bagi anak-anak, kita diajar cara untuk mendapat perkenan Tuhan dan kebahagiaan yang sejati. (Amsal 22:17-19) Dengan mengajar anak-anak cara hidup sedemikian, ibu bapa menunjukkan bahawa mereka mahukan yang terbaik bagi anak-anak mereka.—Efesus 6:1-3.

Baca Amsal bab 22 dalam Terjemahan Dunia Baharu. Bible yang mudah untuk dibaca ini mempunyai nota kaki, rujukan silang, dan lampiran yang mengandungi bahan tambahan seperti gambar rajah dan peta.

Tontonlah video pendek ini untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang buku Amsal.

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihat rencana “Siapakah Yehuwa?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi