PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfs rencana 21
  • Penjara Tidak Dapat Memisahkan Saya daripada Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Penjara Tidak Dapat Memisahkan Saya daripada Yehuwa
  • Kisah Hidup Saksi-Saksi Yehuwa
  • Tajuk Kecil
  • Terus Percaya kepada Yehuwa semasa di Sekolah
  • Terus Percaya kepada Yehuwa Bersama Keluarga Saya
  • Terus Percaya kepada Yehuwa semasa di Penjara
  • Terus Percaya kepada Yehuwa semasa Ditimpa Kemalangan
  • Terus Percaya kepada Yehuwa selepas Dibebaskan
  • Terus Percaya kepada Yehuwa sehingga Sekarang
Kisah Hidup Saksi-Saksi Yehuwa
lfs rencana 21
Oleh Radzyminskyi.

OLEH RADZYMINSKYI | KISAH HIDUP

Penjara Tidak Dapat Memisahkan Saya daripada Yehuwa

Saya lahir di Siberia pada tahun 1964, selepas ibu bapa saya dibuang negeri ke sana dari Ukraine. Ibu bapa dan datuk nenek saya percaya sepenuhnya kepada Yehuwa, bahkan semasa mereka dipenjarakan. Datuk saya telah dipenjarakan selama tujuh tahun kerana berkhidmat sebagai penyelia litar. Pada kemudian hari, saya juga dipenjarakan dan kepercayaan saya kepada Yehuwa akan diuji.

Keluarga kami pindah balik ke Ukraine pada tahun 1966. Saya masih ingat semasa saya berumur empat tahun, Mak dan saya menaiki kereta api untuk melawat datuk yang dipenjarakan di kem buruh. Perjalanan kami dari Kryvyi Rih, Ukraine, ke Mordovia, Rusia tengah sangat jauh. Tetapi kami hanya boleh berjumpa dengan datuk selama dua jam, dan kami sentiasa diawasi pengawal. Meskipun begitu, mereka membenarkan saya duduk di pangkuannya.

Terus Percaya kepada Yehuwa semasa di Sekolah

Oleh berdiri di sebelah adik lelakinya Mykhailo semasa mereka masih kecil.

Bersama adik lelaki saya Mykhailo (kanan)

Semasa membesar di Ukraine, kepercayaan saya kepada Yehuwa diuji banyak kali. Contohnya, semasa mula bersekolah, kanak-kanak dikehendaki memakai lencana yang mempunyai gambar Lenin yang masih kecil.a Bertahun-tahun kemudian, murid-murid dikehendaki mengikatkan skarf merah di leher sebagai tanda menyokong fahaman Lenin. Saya enggan memakai simbol-simbol politik itu, kerana saya tahu saya hanya patut setia kepada Yehuwa.

Ibu bapa saya dengan sabar menjelaskan dan membincangkan bersama saya isu seperti keneutralan. Dengan itu, saya dapat membuat keputusan sendiri untuk menyembah Yehuwa. Mereka juga menggalakkan saya untuk menjadi pelajar yang rajin di sekolah supaya kelakuan saya memuliakan Yehuwa.

Suatu hari, seorang penulis datang ke sekolah kami. Dia ialah wakil daripada majalah kebangsaan Nauka i religiia (Sains dan Agama), sebuah majalah yang cuba mempengaruhi orang untuk tidak percaya kepada Tuhan atau agama. Semasa dia memberikan ceramah untuk membuktikan bahawa Tuhan tidak wujud, cikgu-cikgu suruh saya duduk di baris depan.

Selepas ceramah itu, mereka membawa saya ke belakang pentas dan meminta penulis itu bercakap kepada saya. Dia tanya apa agama saya dan saya terus jawab, “Saya Saksi-Saksi Yehuwa.” Dia mengucapkan terima kasih kerana saya mendengar ceramahnya dengan teliti dan dia tidak kata apa-apa lagi selepas itu. Reaksinya membuat cikgu-cikgu saya sangat geram!

Terus Percaya kepada Yehuwa Bersama Keluarga Saya

Keluarga kami ditugaskan untuk mencetak bahan bacaan Bible di rumah kami dan mengedarkannya. Selain itu, bapa saya berkhidmat sebagai penyelia litar. Dia melawat sidang dan kumpulan di Ukraine tengah. Oleh itu, semua orang dalam keluarga kami perlu sentiasa bergantung pada Yehuwa.

Suatu petang pada Februari 1978, dua hari sebelum adik bongsu saya Pavlik lahir, saya pulang dari sekolah dan mendapati rumah kami bersepah. Rupa-rupanya, pihak polis telah menggeledah rumah kami dan merampas semua bahan bacaan Bible.

Keesokan harinya, semasa saya dan adik lelaki saya Mykhailo pergi ke sekolah, cikgu-cikgu pandang kami semacam kerana fikir ibu bapa kami ialah pengintip Amerika. Saya rasa hal itu sangat lucu. Pada kemudian hari, ramai cikgu saya sedar bahawa mereka sudah tersilap. Belakangan, ada antara rakan kelas saya yang bahkan menjadi Saksi!

Pada tahun 1981, rumah kami digeledah lagi. Masa itu saya belum berumur 18 tahun, tetapi pihak polis menyuruh saya, bapa saya, dan datuk saya untuk pergi ke pejabat pendakwa. Seorang penyiasat di situ cuba menggertak saya dan berkata saya akan dipenjarakan. Pada masa yang sama, seorang lelaki yang berpakaian biasa cuba mengumpan saya dengan godaan. Dia kata jika saya bekerjasama, masa depan saya akan cerah. Mereka mengingatkan saya bahawa bapa, datuk, dan pak cik saya pernah dipenjarakan. Mereka sangka mereka dapat membuat saya mengalah, tetapi mereka sebenarnya meyakinkan saya bahawa Yehuwa juga dapat membantu saya bertabah semasa di penjara.—Filipi 4:13.

Dari kiri ke kanan: Ayah, saya, Pavlik, Mak, dan Mykhailo, tidak lama sebelum saya ditahan

Terus Percaya kepada Yehuwa semasa di Penjara

Sehari selepas saya menjadi 18 tahun, saya menerima surat untuk menyertai khidmat tentera. Oleh sebab saya menolak, saya ditahan sehingga masanya saya dibicarakan. Saya dikurung bersama kira-kira 85 orang, dan kami harus bergilir-gilir menggunakan 34 buah katil di situ. Kami hanya dibenarkan mandi sekali seminggu.

Semasa pintu sel tutup di belakang saya, semua orang dalam sel memandang saya. Banduan di satu sudut segera tanya apa kesalahan saya. Saya sangat gementar, tetapi saya teringat kisah Bible tentang bagaimana Yehuwa melindungi Daniel semasa di gua singa. Kisah itu membantu saya tetap tenang dan percaya sepenuhnya kepada Yehuwa.—Yesaya 30:15; Daniel 6:21, 22.

Selepas makan malam, salah seorang banduan mula tanya banyak soalan tentang kepercayaan saya. Suasana dalam sel menjadi semakin senyap apabila semakin banyak banduan mendengar perbualan kami. Selama empat atau lima jam, saya kongsi kepercayaan saya dengan mereka. Saya sangat bersyukur kepada Yehuwa atas bantuan ini!

Sebelum dibicarakan, saya merayu Yehuwa agar memberi saya kebijaksanaan dan keberanian untuk mempertahankan kepercayaan saya. Pihak pendakwa menuduh bahawa saya menggunakan kepercayaan saya sebagai alasan untuk mengelak daripada menyertai tentera. Saya cuba menjelaskan bahawa jika saya menyertai tentera, tindakan saya akan membuat Tuhan Yang Maha Kuasa di seluruh alam semesta berasa sedih. Meskipun begitu, pada tahun 1982, pihak mahkamah mensabitkan saya bersalah. Saya perlu menjalani hukuman selama dua tahun di kem buruh.

Saya bersyukur kerana terdapat lima orang Saksi lain di kem buruh. Kami hanya dibenarkan berbual secara singkat, mungkin untuk beberapa minit sahaja. Namun, kami selalu dapat membincangkan satu ayat Bible. Kami tidak mempunyai Bible, tetapi sahabat dan keluarga kami sering mencatatkan ayat Bible dalam surat mereka. Kadangkala, kami terjumpa ayat Bible dalam bahan bacaan yang bukan daripada organisasi kita!

Terus Percaya kepada Yehuwa semasa Ditimpa Kemalangan

Pada tahun 1983, saya ditimpa kemalangan semasa saya di bengkel penjara. Kepingan-kepingan besi yang beratnya kira-kira dua tan terjatuh dari kren. Kepingan besi itu melanggar saya dari belakang lalu menghempap kaki kiri saya.

Saya berdoa agar Yehuwa membantu saya menahan kesakitan yang amat sangat. Jururawat di penjara suruh saya memaki hamun untuk mengurangkan rasa sakit, tetapi saya bernyanyi lagu rohani.

Perjalanan ke hospital mengambil masa enam jam, dan saya perlu menaiki trak, motobot, dan ambulans. Sepanjang perjalanan, saya kehilangan banyak darah. Saya tahu saya perlu dibedah. Jadi saya berdoa agar para doktor diberi kebijaksanaan dan agar mereka menghormati keputusan saya untuk menolak transfusi darah. Saya menjelaskan kepercayaan saya kepada doktor, tetapi dia tidak mahu mendengar. Jadi, saya merayu agar dia mempertimbangkan permintaan saya, dan saya memberitahunya bahawa jika saya dibedah tanpa menggunakan darah, saya bersedia menanggung apa-apa akibatnya. Akhirnya, doktor setuju dengan permintaan saya. Saya berasa sangat lega. Namun, sebahagian daripada kaki kiri saya perlu dipotong.

Selepas pembedahan, saya sangat lemah. Selama berminggu-minggu, saya bertarung antara hidup dan mati. Suatu petang, seorang jururawat memberitahu saya bahawa untuk membantu saya pulih, “makanan khas” akan disimpan di peti sejuk yang berhampiran. Makanan itu lebih berkhasiat daripada makanan di penjara. Setiap hari saya dibenarkan makan sesudu madu, sebiji telur, dan sedikit mentega. Ibu bapa saya telah mengaturkan agar saya menerima makanan ini selepas mereka mendapat tahu saya ditimpa kemalangan. Namun, pegawai yang bertugas hanya membenarkan mereka menghantar makanan ini sekali sahaja.

Meskipun begitu, tangan Yehuwa tidak terlalu pendek. (Yesaya 59:1) Selepas tukar pembalut luka saya, jururawat akan kongsi makanan mereka dengan saya. Mereka juga isi semula makanan khas di dalam peti sejuk dengan menggunakan wang sendiri. Saya teringat kisah Bible tentang balu yang minyak di dalam bekasnya tidak pernah habis.—1 Raja-Raja 17:14-16.

Saya beransur-ansur pulih. Sepanjang masa itu, saya menerima banyak galakan dan kelegaan menerusi 107 pucuk surat yang dikirim oleh keluarga dan sahabat saya, dan saya membalas semua surat itu. Saya bahkan menerima hadiah daripada rakan seiman di penjara lain!

Dua bulan kemudian, akhirnya saya dapat mandi! Saya juga merindui saudara-saudara di kem buruh dan tidak sabar-sabar mahu bergaul dengan mereka lagi.

Semasa doktor menyediakan surat keluar hospital bagi saya, dia memanggil saya ke dalam pejabatnya dan tanya banyak soalan tentang kepercayaan saya. Pada akhir perbualan kami, dia kata dia harap saya terus berpaut pada kepercayaan saya. Saya tidak sangka saya akan mendengar kata-kata ini daripada seorang yang berpakaian tentera!

Pada April 1984, saya menghadiri perbicaraan mahkamah yang menentukan jika saya boleh dibebaskan lebih awal. Semasa ditanya jika saya sudi menjadi askar, saya kata soalan itu tidak masuk akal kerana saya sudah tempang dan memerlukan tongkat. Kemudian mereka tanya lagi, “Adakah kamu sudi menjadi askar jika kamu ada kedua-dua belah kaki?” Saya kata saya akan tetap menolak kerana saya mahu tetap setia kepada Tuhan saya. Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan memastikan saya terus meringkuk di penjara sehingga hari terakhir hukuman saya. Namun, saya dibebaskan 2 bulan dan 12 hari lebih awal.

Bersama Mykhailo (kanan) selepas dibebaskan dari kem buruh

Terus Percaya kepada Yehuwa selepas Dibebaskan

Setahun selepas dibebaskan, saya mendapat kaki palsu. Setiap pagi saya perlukan masa sejam untuk memakainya. Pada musim salji, memakai kaki palsu menjadi lebih susah dan kaki saya selalu kesejukan kerana peredaran darah di bahagian yang dipotong kurang baik. Saya tidak dapat berlari sejak berumur 19 tahun, tetapi saya tahu saya akan berlari dengan sepuas-puasnya di dunia baharu.—Yesaya 35:6.

Oleh dan Svitlana pada hari perkahwinan mereka.

Hari perkahwinan kami

Saya susah mencari kerja kerana banyak majikan tidak mahu mengupah orang yang kurang upaya. Meskipun begitu, saya masih dapat mencari kerja dan saya selalu mendapat kerja yang perlu banyak bergerak. Saya pernah bekerja sebagai mekanik dan di tempat pembinaan.

Pada tahun 1986, saya mengahwini Svitlana, seorang saudari yang cantik. Seperti saya, dia Saksi generasi ketiga. Svitlana sering kata dia sangat gembira kerana dari mula kami berdating, kami memutuskan untuk mendahulukan Yehuwa dalam perkahwinan kami.

Anak-anak kami, iaitu Olia dan Volodia, telah belajar kemahiran membina semasa mereka membantu saya membaiki rumah kami yang sudah lama. Apabila mereka lebih dewasa, mereka menjadi perintis biasa dan menyertai projek pembinaan Dewan Perjumpaan. Kini, anak perempuan kami Olia ialah seorang pembantu pembinaan, dan anak lelaki kami Volodia sudah menjadi penatua.

Oleh dan keluarga memakai topi keselamatan semasa di tapak pembinaan Dewan Perjumpaan.

Menantu lelaki kami, Oleg; anak perempuan kami, Olia; Svitlana; saya; menantu perempuan kami, Anna; dan anak lelaki kami, Volodia

Dengan adanya sokongan Svitlana, saya dapat melaksanakan tugas di sidang dengan baik. Pada tahun 1990-an, banyak sidang di Ukraine mempunyai lebih daripada 200 orang penyiar, tetapi dijaga oleh satu atau dua orang penatua sahaja. Sekali sebulan, pada hujung minggu, saya akan menghantar bahan bacaan kepada sidang-sidang di Ukraine tengah.

Terus Percaya kepada Yehuwa sehingga Sekarang

Pada tahun 2022, saya dan Svitlana memutuskan untuk berpindah dari Kryvyi Rih ke sebuah sidang di Austria.

Dari kecil lagi, saya belajar daripada teladan saudara-mara saya yang merupakan Saksi. Walaupun mereka hidup susah, mereka tahu berpuas hati. Menerusi Bible, kita dapat lebih mengenali Pencipta kita dan dapat menjalin hubungan yang erat dengan-Nya. (Yakobus 4:8) Itulah yang membolehkan kita menikmati kehidupan yang bermakna. Saya bersyukur kerana walaupun saya telah menghadapi bermacam-macam cabaran, saya masih dapat memuliakan Yehuwa.

Oleh dan Svitlana.

Bersama Svitlana di Austria

a Vladimir Lenin ialah pengasas Parti Komunis Rusia dan pemimpin pertama bagi Kesatuan Soviet.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi