Nota Kaki
a Kita berasa gembira semasa orang lain sudi menerima berita baik, dan kita berasa kecewa semasa mereka menolaknya. Jadi, katakan seorang pelajar Bible anda tidak membuat kemajuan, atau tiada antara pelajar Bible anda yang maju sehingga dibaptis, haruskah anda menyimpulkan bahawa anda sudah gagal dalam kerja menjadikan orang murid Yesus? Rencana ini akan membincangkan apa yang menentukan sama ada kerja penyebaran kita berjaya atau tidak, dan bagaimana kita dapat tetap bersukacita tidak kira apa reaksi orang.