PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Jumaat, 29 Ogos

Aku sudah membuat nama-Mu nyata.​—Yoh. 17:26.

Orang Yahudi sudah tahu nama Tuhan. Maka Yesus tidak sekadar memberitahu bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa. Sebaliknya, dia “telah menyingkapkan” keperibadian Yehuwa dengan lebih jelas. (Yoh. 1:​17, 18) Misalnya, Kitab Ibrani menyatakan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. (Kel. 34:​5-7) Tetapi Yesus menjadikan kebenaran itu lebih nyata dengan menceritakan tentang anak yang sesat. Apabila bapa dalam cerita itu nampak anaknya yang sudah bertaubat itu dari jauh, bapanya berlari untuk menyambutnya, memeluknya, dan memaafkannya. Melalui cerita ini, kita lebih faham mengapa Yehuwa dipanggil Tuhan yang penuh rahmat dan belas kasihan. (Luk. 15:​11-32) Ya, Yesus telah membantu orang lain untuk memahami keperibadian Yehuwa. w24.02 10 ¶8-9

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Sabtu, 30 Ogos

Dengan kelegaan hati yang kita terima daripada Tuhan, kita juga dapat melegakan hati orang lain.​—2 Kor. 1:4.

Yehuwa menyegarkan dan melegakan hati orang yang menderita. Bagaimanakah kita dapat meniru belas kasihan Yehuwa dan melegakan hati orang lain? Satu cara adalah dengan memupuk sifat-sifat baik. Apakah yang dapat membantu kita mengekalkan kasih kita dan terus “melegakan hati satu sama lain” setiap hari? (1 Tes. 4:18) Kita perlu memupuk sifat seperti kasih sayang terhadap satu sama lain, belas kasihan, dan kebaikan hati. (Kol. 3:12; 1 Ptr. 3:8) Bagaimanakah sifat-sifat ini membantu kita? Apabila hati kita dipenuhi belas kasihan dan sifat-sifat baik yang lain, kita tidak akan menahan diri daripada memberikan kelegaan hati kepada mereka yang menderita. Seperti yang dinyatakan Yesus, “apa yang melimpah dalam hati, itulah yang akan diucapkan oleh mulut. Orang yang baik menyimpan apa yang baik dalam hati.” (Mat. 12:​34, 35) Apabila kita mengatakan atau melakukan sesuatu untuk melegakan hati rakan seiman yang memerlukan bantuan, kita sedang menunjukkan kasih kepada mereka. w23.11 10 ¶10-11

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Ahad, 31 Ogos

Orang yang berpengertian akan memahaminya.​—Dan. 12:10.

Kita perlu meminta bantuan untuk memahami nubuat Bible. Bayangkan anda melawat ke sebuah tempat buat kali pertama, tetapi seorang kawan yang sangat mengenali tempat itu pergi bersama anda. Dia tahu semua jalan di situ dan ke mana hala tuju anda. Anda tentu bersyukur kerana ada kawan sebegitu, bukan? Begitu juga, Yehuwa tahu nubuat apa yang sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku pada masa depan. Maka, untuk memahami nubuat Bible, kita mesti bersikap rendah hati dan meminta bantuan Yehuwa. (Dan. 2:28; 2 Ptr. 1:​19, 20) Seperti ibu atau bapa yang penyayang, Yehuwa mahu kita mempunyai masa depan yang baik. (Yer. 29:11) Namun, tidak seperti ibu bapa manusia, Yehuwa dapat memberitahu kita secara tepat tentang masa depan. Dia memastikan agar nubuat dicatatkan dalam Firman-Nya supaya kita dapat tahu peristiwa penting yang akan berlaku.​—Yes. 46:10. w23.08 8 ¶3-4

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi