PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 15 ms. 40-ms. 41 per. 6
  • Mukjizat Yesus yang Pertama

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mukjizat Yesus yang Pertama
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mukjizat yang Kedua di Kana
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Apakah yang Dapat Kita Belajar daripada Mukjizat Yesus?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Semangat Yesus terhadap Ibadat Sejati
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yohanes Membaptiskan Yesus
    Buku Cerita Bible Saya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 15 ms. 40-ms. 41 per. 6
Semasa majlis perkahwinan di Kana, Yesus menyuruh para pelayan mengisi tempayan dengan air

BAB 15

Mukjizat Yesus yang Pertama

YOHANES 2:1-12

  • MAJLIS PERKAHWINAN DI KANA

  • YESUS MENUKAR AIR MENJADI WAIN

Dua hari sudah berlalu sejak Natanael menjadi murid Yesus. Kini Yesus dan beberapa orang muridnya pergi ke utara daerah Galilea. Destinasi mereka ialah Kana, iaitu kampung halaman Natanael. Kana terletak di kawasan pergunungan di utara Nasaret. Mereka telah dijemput ke sebuah majlis perkahwinan di situ.

Ibu Yesus juga ada di situ. Maria ialah kawan kepada pasangan yang akan berkahwin, dan dia mungkin membantu mereka melayan para tetamu. Maka apabila wain hampir habis, dia berkata kepada Yesus, “Mereka kehabisan wain.”​—Yohanes 2:3.

Maria sedang meminta bantuan Yesus. Yesus menjawab ibunya, “Apakah kaitan hal itu dengan ibu dan saya?” (Yohanes 2:4) Selaku Raja yang dilantik Tuhan, tindakan Yesus haruslah dipimpin oleh Bapanya yang di syurga, bukannya keluarga atau sahabatnya. Dengan bijak, Maria membiarkan Yesus melakukan apa yang wajar. Dia berkata kepada para pelayan, “Lakukan apa sahaja yang dikatakannya kepada kamu.”​—Yohanes 2:5.

Terdapat enam buah tempayan di situ, dan setiap tempayan itu dapat mengisi lebih daripada 40 liter air. Yesus berkata kepada para pelayan itu, “Isilah tempayan-tempayan itu dengan air.” Kemudian dia berkata, “Sekarang ambillah sedikit untuk dihidangkan kepada ketua majlis.”​—Yohanes 2:7, 8.

Ketua majlis perkahwinan memberitahu pengantin lelaki bahawa dia kagum dengan mutu wain

Ketua majlis itu kagum dengan wain yang dirasainya, tetapi dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. Maka dia memanggil pengantin lelaki dan berkata kepadanya, “Orang lain biasanya menyajikan wain yang bermutu tinggi terlebih dahulu. Selepas tetamu sudah mabuk, barulah wain yang kurang bermutu dihidangkan. Tetapi kamu telah menyimpan wain yang bermutu tinggi sehingga sekarang.”​—Yohanes 2:10.

Inilah mukjizat Yesus yang pertama. Apabila murid-muridnya nampak mukjizat ini, iman mereka dikuatkan. Selepas itu, Yesus, ibunya, dan adik-adik lelakinya, pergi ke Kapernaum, yang terletak di barat laut Tasik Galilea.

  • Bilakah majlis perkahwinan di Kana diadakan?

  • Apabila ibu Yesus memberitahunya bahawa wain sudah habis, apakah jawapan Yesus?

  • Apakah mukjizat yang dilakukan oleh Yesus? Apakah kesan mukjizat ini ke atas orang lain?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi