PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kerajaan Tuhan Sedang Memerintah!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022 | Julai
    • 10. (a) Bagaimanakah nubuat Daniel tepat menggambarkan Kuasa Dunia Inggeris dan Amerika? (b) Kita harus berhati-hati terhadap apa? (Lihat kotak “Berwaspadalah terhadap Tanah Liat!”)

      10 Pertama, tidak seperti kuasa-kuasa dunia sebelumnya yang dilambangkan oleh logam tulen seperti emas atau perak, Kuasa Dunia Inggeris dan Amerika dilambangkan oleh campuran besi dan tanah liat. Tanah liat itu melambangkan “manusia biasa,” atau rakyat. (Dan. 2:43, nota kaki) Seperti yang dapat kita lihat dengan jelas dalam dunia sekarang, pengaruh rakyat dalam pilihan raya, gerakan hak sivil, tunjuk perasaan besar-besaran, dan kesatuan buruh, telah melemahkan kuasa dunia ini. Akibatnya, para pemimpin kuasa dunia ini berasa susah untuk melaksanakan apa yang diingini mereka.

      Berwaspadalah terhadap Tanah Liat!

      Kaki patung yang diperbuat daripada campuran besi dan tanah liat dalam penglihatan Daniel. Dekat kaki patung itu terdapat kumpulan perusuh, pengawal yang memegang perisai, para pemimpin dunia yang bersidang, dan anggota-anggota PBB yang bermesyuarat.

      Dalam nubuat Daniel, tanah liat dalam kaki patung besar itu melambangkan rakyat. Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi para pemimpin politik dan dasar pemerintahan mereka. (Dan. 2:41-43) Mengapakah kita mesti berwaspada terhadap “tanah liat” ini? Jika kita tidak berhati-hati, kita mungkin tidak lagi bersikap neutral. Contohnya, kita mungkin tergoda untuk menyokong pandangan orang yang ingin membawa perubahan melalui gerakan politik atau tunjuk perasaan. (Ams. 4:23; 24:21, nota kaki) Bagaimanakah kita dapat mengelakkan bahaya itu? Kita mesti ingat bahawa dunia ini berada di bawah kuasa Syaitan, dan bahawa hanya Kerajaan Tuhan yang dapat menyelesaikan masalah kita.​—Mzm. 146:3-5; 1 Yoh. 5:19.

  • Kerajaan Tuhan Sedang Memerintah!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022 | Julai
    • Berwaspadalah terhadap Tanah Liat!

      Kaki patung yang diperbuat daripada campuran besi dan tanah liat dalam penglihatan Daniel. Dekat kaki patung itu terdapat kumpulan perusuh, pengawal yang memegang perisai, para pemimpin dunia yang bersidang, dan anggota-anggota PBB yang bermesyuarat.

      Dalam nubuat Daniel, tanah liat dalam kaki patung besar itu melambangkan rakyat. Mereka mempunyai kuasa untuk mempengaruhi para pemimpin politik dan dasar pemerintahan mereka. (Dan. 2:41-43) Mengapakah kita mesti berwaspada terhadap “tanah liat” ini? Jika kita tidak berhati-hati, kita mungkin tidak lagi bersikap neutral. Contohnya, kita mungkin tergoda untuk menyokong pandangan orang yang ingin membawa perubahan melalui gerakan politik atau tunjuk perasaan. (Ams. 4:23; 24:21, nota kaki) Bagaimanakah kita dapat mengelakkan bahaya itu? Kita mesti ingat bahawa dunia ini berada di bawah kuasa Syaitan, dan bahawa hanya Kerajaan Tuhan yang dapat menyelesaikan masalah kita.​—Mzm. 146:3-5; 1 Yoh. 5:19.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi