-
“Memimpin Banyak Orang ke Haluan yang Benar”Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022 | September
-
-
6. Apakah yang akan berlaku selepas kumpulan besar manusia selamat mengharungi kesengsaraan besar? Jelaskan. (Lihat juga “Pertanyaan Pembaca” dalam majalah ini tentang pembangkitan di bumi.)
6 Baca Daniel 12:2. Apakah yang akan berlaku selepas kumpulan besar manusia selamat mengharungi masa kesusahan itu? Dahulu, kita fikir bahawa nubuat ini menggambarkan bagaimana kerja penyebaran berlangsung dengan giat selepas hampir dihentikan oleh para penentang pada tahun 1918. Namun sekarang, kita memahami bahawa nubuat ini menggambarkan bagaimana orang mati akan dibangkitkan di dunia baharu.c Pembangkitan ini akan berlaku selepas tamatnya hari-hari terakhir dan perang Armagedon.
7. (a) Bagaimanakah sesetengah orang yang dibangkitkan akan “menikmati kehidupan kekal”? (b) Mengapakah pembangkitan ini ialah “pembangkitan yang lebih baik”?
7 Namun, Daniel 12:2 menyatakan bahawa sesetengah orang yang dibangkitkan akan “menikmati kehidupan kekal.” Apakah maksudnya? Hal ini bermaksud bahawa jika orang yang dibangkitkan mengenali, dan terus mengenali, serta mematuhi Yehuwa dan Yesus, mereka akan diberi kehidupan kekal selepas Pemerintahan Seribu Tahun Kristus. (Yoh. 17:3) Pembangkitan ini ialah “pembangkitan yang lebih baik” berbanding pembangkitan pada masa lalu. (Ibr. 11:35) Mengapa? Kerana orang yang dibangkitkan pada masa lalu akhirnya mati lagi.
8. Bagaimanakah sesetengah orang yang dibangkitkan akan “dimalukan dan dibenci buat selama-lamanya”?
8 Namun, bukan semua orang yang dibangkitkan akan sudi menerima pendidikan daripada Yehuwa. Nubuat Daniel menyatakan bahawa sesetengah orang yang dibangkitkan “akan dimalukan dan dibenci buat selama-lamanya.” Oleh sebab mereka bersikap suka memberontak, nama mereka tidak akan ditulis dalam kitab kehidupan dan mereka tidak akan diberi kehidupan kekal. Sebaliknya mereka akan dibenci, atau dibinasakan, “buat selama-lamanya.” Jadi, Daniel 12:2 sedang menggambarkan kesudahan bagi semua orang yang dibangkitkan, dan kesudahan itu ditentukan berdasarkan perbuatan mereka selepas mereka dibangkitkan.d (Why. 20:12) Ada antara mereka yang akan diberi kehidupan kekal, manakala yang lain pula tidak.
-
-
“Memimpin Banyak Orang ke Haluan yang Benar”Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022 | September
-
-
a Rencana ini mengandungi penjelasan yang dikemaskinikan tentang program pendidikan agung yang digambarkan di Daniel 12:2, 3. Kita akan mengkaji bila program ini akan berlaku dan siapa yang terlibat. Kita juga akan membincangkan bagaimana program pendidikan ini akan mempersiapkan orang di bumi untuk menghadapi ujian terakhir pada akhir Pemerintahan Seribu Tahun Kristus.
-
-
“Memimpin Banyak Orang ke Haluan yang Benar”Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022 | September
-
-
c Pemahaman ini ialah pemahaman yang dikemaskinikan dan menggantikan maklumat dalam Perhatikanlah Nubuat Daniel! bab 17 dalam bahasa Indonesia, dan dalam Menara Pengawal bahasa Indonesia, terbitan tahun 1987 (Seri 38), ms. 17-21.
d Tidak seperti apa yang digambarkan di Daniel 12:2, ungkapan “orang yang baik” dan “orang yang tidak baik” di Kisah 24:15 dan ungkapan “orang yang berbuat baik” dan “orang yang berbuat jahat” di Yohanes 5:29 menggambarkan perbuatan orang yang dibangkitkan sebelum mereka mati.
-