PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yehuwa Menyingkapkan Apa yang “Segera Harus Berlaku”
    Menara Pengawal—2012 | 15 Jun
    • 7. Apakah yang boleh kita pelajari tentang kepala ketujuh binatang buas daripada kaki patung besar?

      7 Apakah yang boleh kita pelajari tentang kepala ketujuh binatang buas dan kaki patung besar? Kuasa Inggeris, dan kemudiannya kuasa Amerika, merupakan cabang Empayar Roma. Kuasa-kuasa ini digambarkan oleh campuran besi dan tanah liat pada kaki patung besar itu. (Baca Daniel 2:41-42.) Penjelasan ini menunjukkan bahawa semasa kuasa Inggeris Amerika muncul sebagai kepala ketujuh, kekuatan kuasa dunia ini seperti “besi bercampur tanah liat.” Sepertimana besi bercampur tanah liat lebih lemah daripada besi tulen, kuasa Inggeris Amerika juga lebih lemah daripada kuasa dunia sebelumnya, iaitu Roma. Bagaimanakah hal ini berlaku?

      8, 9. (a) Bagaimanakah kuasa dunia ketujuh membuktikan kuasanya yang seperti besi? (b) Apakah yang dilambangkan oleh tanah liat dalam kaki patung besar itu?

      8 Ada masanya, kepala ketujuh ini memperlihatkan ciri-ciri besi, contohnya dengan memenangi Perang Dunia I dan Perang Dunia II.c Selepas itu, kuasa Inggeris Amerika masih menunjukkan kekuatan yang bagaikan besi. Namun sejak kemunculannya, besi sudah pun bercampur dengan tanah liat.

      9 Penyembah Yehuwa telah lama ingin memahami apa yang dilambangkan oleh kaki patung besar itu. Daniel 2:41 menunjukkan bahawa kaki besi yang bercampur tanah liat mewakili sebuah kerajaan sahaja. Tanah liat melambangkan “keturunan manusia” atau rakyat biasa. (Baca Daniel 2:43.d) Dalam lingkungan kuasa Inggeris Amerika, orang telah bangkit untuk melawannya menerusi perjuangan hak-hak sivil, kesatuan sekerja, dan gerakan kemerdekaan. Selain itu, fahaman politik yang bertentangan dan pilihan raya yang sengit menyebabkan para pemimpin sukar melaksanakan dasar-dasar mereka. Semua faktor ini menjejaskan kekuatan Inggeris Amerika. Oleh itu, kekuatannya tidak setanding kuasa Roma yang bagaikan besi. Ya, apa yang dinubuatkan Daniel memang benar, “Sebahagian daripada kerajaan itu kuat dan sebahagian lagi lemah.”​—Dan. 2:42; 2 Tim. 3:1-3.

  • Yehuwa Menyingkapkan Apa yang “Segera Harus Berlaku”
    Menara Pengawal—2012 | 15 Jun
    • 11 Adakah bilangan jari kaki pada patung besar melambangkan sesuatu? Nampaknya tidak. Dalam penglihatan lain, Daniel menyebutkan beberapa angka yang penting, misalnya bilangan tanduk atas kepala binatang. Tetapi semasa menggambarkan patung besar, Daniel tidak menyebut tentang bilangan jari kaki. Bilangan jari kaki, seperti bilangan lengan, tangan, jari tangan, paha, atau kaki patung, tidak melambangkan apa-apa. Namun, Daniel menyatakan bahawa jari kaki itu merupakan besi bercampur tanah liat. Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa Inggeris Amerika ialah kuasa dunia yang memerintah apabila “batu” yang mewakili Kerajaan Tuhan menimpa kaki patung itu.​—Dan. 2:45.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi