-
Apakah yang Berlaku kepada Kita selepas Mati?Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
-
-
3. Belajar keadaan sebenar orang mati
Orang di serata dunia mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza tentang apa yang berlaku selepas kita mati. Tidak mungkin semua kepercayaan itu betul.
Apakah kepercayaan kebanyakan orang di kawasan anda tentang keadaan orang mati?
Mainkan VIDEO untuk lihat apa yang diajarkan Bible.
Baca Pengkhutbah 3:20, kemudian bincang soalan berikut:
Menurut ayat ini, apakah yang berlaku kepada orang mati?
Selepas seseorang mati, adakah sesuatu dalam tubuhnya akan terus hidup?
Bible menceritakan kematian Lazarus, iaitu kawan baik Yesus. Baca Yohanes 11:11-14, dan perhatikan apa yang dikatakan oleh Yesus tentang keadaan Lazarus. Kemudian bincang soalan berikut:
Selepas Lazarus meninggal, apakah yang Yesus kata tentang keadaannya?
Apakah yang kita belajar tentang keadaan orang mati daripada kata-kata Yesus?
Adakah ajaran Bible tentang keadaan orang mati masuk akal?
-
-
Orang Tersayang Anda Dapat Hidup Semula!Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
-
-
4. Yesus dapat membangkitkan orang mati
Lihatlah kisah pembangkitan Lazarus dengan lebih terperinci. Baca Yohanes 11:14, 38-44, kemudian bincang soalan berikut:
Apakah yang Bible kata tentang keadaan Lazarus?—Lihat ayat 39.
Jika Lazarus sudah naik ke syurga, adakah masuk akal bagi Yesus untuk memaksanya hidup semula di bumi?
-