PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 90 ms. 212-ms. 213 per. 7
  • “Akulah Pembangkitan dan Kehidupan”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Akulah Pembangkitan dan Kehidupan”
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Aku Percaya”
    Tirulah Iman Mereka
  • Yesus Membangkitkan Lazarus
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Harapan bagi Orang yang Telah Mati​—Pembangkitan
    Menara Pengawal—2014
  • “Aku Tahu bahawa Dia Akan Hidup Semula”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 90 ms. 212-ms. 213 per. 7
Yesus dan Maria menangis di hadapan orang ramai

BAB 90

“Akulah Pembangkitan dan Kehidupan”

YOHANES 11:17-37

  • YESUS TIBA SELEPAS LAZARUS MATI

  • “AKULAH PEMBANGKITAN DAN KEHIDUPAN”

Yesus tiba di Betania, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Yerusalem. Maria dan Marta sedang berkabung kerana Lazarus baru mati. Banyak orang datang untuk menghiburkan hati mereka.

Marta keluar untuk menemui Yesus

Apabila Marta mendengar bahawa Yesus sudah datang, dia segera keluar untuk menemuinya. Dia berkata, “Jika Tuan ada di sini, tentu adikku tidak akan mati. Namun begitu, aku masih percaya bahawa Tuhan akan mengabulkan apa sahaja yang Tuan minta.” (Yohanes 11:21, 22) Dia percaya bahawa Yesus masih dapat membantu adiknya.

Yesus berkata, “Adik kamu akan hidup semula.” Marta menyangka bahawa Yesus sedang merujuk kepada pembangkitan di bumi pada masa depan. Seperti Abraham dan orang lain, dia percaya bahawa hal ini pasti akan berlaku. Dia berkata, “Aku tahu bahawa dia akan hidup semula semasa pembangkitan pada hari terakhir.”​—Yohanes 11:23, 24.

Tetapi dapatkah Yesus membantu Lazarus pada masa itu juga? Dia mengingatkan Marta bahawa Tuhan telah memberinya kuasa atas kematian. Dia berkata, “Seseorang yang beriman kepada aku akan hidup semula meskipun dia mati. Setiap orang yang hidup dan beriman kepada aku tidak akan mati selama-lamanya.”​—Yohanes 11:25, 26.

Yesus tidak memaksudkan bahawa murid-muridnya tidak akan mati, kerana dia sendiri juga akan mati. (Matius 16:21; 17:22, 23) Sebenarnya Yesus sedang menekankan bahawa sesiapa yang beriman kepadanya akan mendapat hidup abadi. Meskipun mereka mati sekarang, mereka akan dibangkitkan dan hidup selama-lamanya. Bagi orang setia yang selamat mengharungi akhir sistem dunia ini pula, mereka tidak akan mati sama sekali. Ya, setiap orang yang beriman kepada Yesus tidak akan mati buat selama-lamanya.

Yesus baru sahaja berkata, “Akulah pembangkitan dan kehidupan.” Jadi dapatkah dia membantu Lazarus yang sudah mati selama empat hari? Yesus bertanya kepada Marta, “Adakah kamu percaya akan hal ini?” Dia menjawab, “Ya Tuan, aku percaya bahawa Tuan ialah Kristus, Anak Tuhan.” Dia yakin bahawa Yesus dapat membantu Lazarus, maka dia balik ke rumah dan berbisik kepada Maria, “Guru sudah datang dan dia memanggil kamu.” (Yohanes 11:25-28) Maria segera meninggalkan rumahnya. Orang ramai mengikutnya kerana mereka menyangka bahawa dia hendak pergi ke makam Lazarus.

Maria pergi kepada Yesus dan bersujud di depannya. Sambil menangis, dia mengulangi kata-kata Marta, “Jika Tuan ada di sini, adikku tentu tidak akan mati.” Apabila Yesus melihat Maria dan orang ramai menangis, dia berasa sangat susah hati dan pilu lalu dia juga menangis. Tetapi beberapa orang di situ berkata, ‘Jika Yesus dapat memulihkan penglihatan orang yang dilahirkan buta, tidakkah dia dapat mencegah kematian orang ini?’​—Yohanes 11:32, 37.

  • Apakah yang dilihat oleh Yesus apabila dia tiba di Betania?

  • Mengapakah Marta yakin bahawa pembangkitan pasti akan berlaku?

  • Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia dapat membantu Lazarus yang sudah mati?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi