PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/07 ms. 1
  • “Saya Tidak Berminat”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Saya Tidak Berminat”
  • Kerja Teokratik Kita—2007
Kerja Teokratik Kita—2007
km 1/07 ms. 1

“Saya Tidak Berminat”

1 Lazimnya, itulah reaksi terhadap mesej kita di sesetengah tempat. Apakah yang dapat membantu kita agar tidak kecil hati apabila berhadapan dengan sikap tidak ambil peduli semasa menjalankan kerja penyebaran di kawasan kita? Bagaimanakah kita boleh merangsang minat orang ramai terhadap berita baik?

2 Kekalkan Kegembiraan: Mengingati sebab kebanyakan orang bersikap tidak ambil peduli terhadap mesej kita dapat membantu kita mengekalkan kegembiraan. Mereka yang diajar teori evolusi atau yang dibesarkan dalam masyarakat ateis mungkin tidak pernah mempertimbangkan nilai Bible. Ada yang mungkin berasa hampa dengan hipokrasi yang mereka perhatikan dalam agama. Bagi sesetengah orang, sikap tidak ambil peduli mungkin mencerminkan ketiadaan harapan dan kekecewaan mereka. (Ef. 2:12) Ada pula yang ‘tidak memberikan perhatian’ kerana mereka dibebani kekhuatiran hidup. ​—Mat. 24:​37-39.

3 Tidak kira apa sahaja reaksi negatif yang kita terima, kita masih boleh berasa gembira dalam aktiviti penyebaran kerana kita sedar bahawa usaha kita memuliakan Yehuwa. (1 Ptr. 4:11) Tambahan pula, bercakap tentang kebenaran walaupun dengan mereka yang masih tidak tahu menghargainya, dapat mengukuhkan kepercayaan kita. Marilah kita berusaha untuk melihat orang di kawasan kita sepertimana Yehuwa melihat mereka. Dia mengasihani orang Niniwe yang tidak “tahu membezakan apa yang baik dan apa yang jahat.” (Yunus 4:11) Mereka yang tinggal di kawasan kita perlukan berita baik ini! Oleh itu, kita tidak patut berputus asa, sebaliknya mencari jalan untuk merangsang minat mereka terhadap mesej dalam Bible.

4 Bincangkan Isu-isu Semasa: Anda mungkin boleh mengemukakan suatu isu semasa dalam pengenalan anda dan meminta penghuni rumah memberikan pandangannya. Dengarlah semasa dia bercakap dan berdasarkan jawapannya mengenai isu tersebut, tunjukkan kepadanya mesej Bible yang melegakan hati. Selepas berlakunya suatu tragedi tempatan, seorang Saksi menunjukkan rasa prihatin yang ikhlas pada setiap penghuni yang ditemuinya. “Tiba-tiba, orang mula bercakap dengan saya,” katanya. “Banyak perbualan baik yang terhasil pada hari itu kerana minat peribadi yang saya tunjukkan terhadap hidup mereka.”

5 Setiap masalah yang dihadapi manusia akan diselesaikan oleh Kerajaan Tuhan. Cuba kenal pasti masalah yang paling dikhuatiri penghuni rumah. Dia mungkin akan memberi peluang kepada anda untuk menjelaskan mesej mengenai harapan yang terkandung di dalam Bible. Jika dia tidak ingin mendengar pada kali ini, dia mungkin akan sudi mendengar pada masa yang lain.​—Kis. 17:⁠32.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi