PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 4/07 ms. 1
  • Mengkhabarkan Firman Tuhan Tanpa Rasa Takut

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengkhabarkan Firman Tuhan Tanpa Rasa Takut
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Berilah Kami Keberanian
    Nyanyi dengan Gembira kepada Yehuwa
  • Berilah Kami Keberanian
    Nyanyilah kepada Yehuwa—Lagu-Lagu Baharu
  • Keberanian
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Kerja Teokratik Kita—2007
km 4/07 ms. 1

Mengkhabarkan Firman Tuhan Tanpa Rasa Takut

1 Kadang kala, adakah anda teragak-agak untuk mempertahankan kepercayaan anda apabila berpeluang berbuat demikian di sekolah atau di tempat kerja? Adakah anda berasa sukar untuk memberi kesaksian secara tidak formal kepada saudara-mara, jiran, atau kepada orang yang anda tidak kenal? Apakah yang dapat membantu kita menggunakan setiap peluang yang sesuai untuk ‘mengkhabarkan berita itu [firman Tuhan] tanpa rasa takut’?​—Flp. 1:⁠14.

2 Jangan Teragak-agak: Adakah anda akan teragak-agak untuk mempertahankan nama baik seorang sahabat karib atau saudara-mara yang menjadi mangsa tuduhan palsu? Yehuwa, Sahabat kita yang paling akrab, telah difitnah sepanjang sejarah manusia. Kita mempunyai peluang yang unik untuk memberi kesaksian bagi pihak Tuhan kita yang agung! (Yes. 43:​10-12) Kasih yang mendalam terhadap Yehuwa boleh membantu kita menangani rasa kekurangan diri, rasa segan-silu, atau rasa takut. Kasih sedemikian boleh menggerakkan kita supaya tidak teragak-agak apabila memberi kesaksian, yakni memberitahu kebenaran kepada orang lain dengan berani.​—Kis. 4:​26, 29, 31.

3 Ingatlah bahawa kita menyebarkan berita baik. Mereka yang mendengarkan berita baik ini akan menikmati manfaat yang berkekalan. Kita boleh menjalankan kerja penyebaran dengan berani jika tumpuan kita adalah pada nilai kerja penyebaran dan bukan pada diri kita atau pada mereka yang menentang kebenaran.

4 Teladan Orang Lain: Kita boleh memperoleh kekuatan daripada teladan mereka yang telah menyebarkan firman Tuhan tanpa rasa takut. Misalnya, Henokh dengan berani telah menyerantakan penghakiman Yehuwa ke atas pendosa-pendosa yang tidak soleh. (Yud. 14, 15) Nuh telah menyebarkan firman Tuhan dengan setia kepada orang yang bersikap tidak ambil peduli. (Mat. 24:​37-39) Orang Kristian abad pertama yang “biasa dan tidak berpendidikan” terus menjalankan kerja penyebaran meskipun menghadapi tentangan yang hebat. (Kis. 4:​13, 18-20) Majalah pembelajaran dan majalah berita biasanya memaparkan kisah hidup moden tentang mereka yang berjaya mengatasi rasa takut akan orang dan seterusnya menjadi penyiar yang aktif kerana menaruh kepercayaan pada Yehuwa.

5 Kita juga boleh memperoleh keberanian dengan merenungi teladan hamba-hamba Yehuwa pada masa lampau yang menghadapi keadaan yang sukar. (1 Raj. 19:​2, 3; Mrk. 14:​66-71) Mereka telah mengerahkan “keberanian untuk memberitahu kamu berita baik yang datang daripada-Nya” tanpa rasa takut. Kita juga dapat berbuat demikian!​—1 Tes. 2:⁠2.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi