PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/09 ms. 3
  • Carilah Mereka yang Layak

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Carilah Mereka yang Layak
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara-Cara untuk Menyebarkan Berita Baik
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Kawasan Penyebaran Peribadi—Manfaat bagi Anda
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Kita Membawa Berita Baik tentang Sesuatu yang Lebih Baik
    Kerja Teokratik Kita—2009
Kerja Teokratik Kita—2009
km 9/09 ms. 3

Carilah Mereka yang Layak

1. Bagaimanakah kita menunjukkan penghargaan atas penghormatan untuk bergiat dalam aktiviti penyebaran?

1 Sepanjang aktiviti penyebaran Yesus, dia berjerih payah menyampaikan berita baik yang melegakan kepada orang yang rendah hati. (Yes. 61:1, 2) Dewasa ini, kita sebagai duta dan utusan bagi pihak Kristus mempunyai penghormatan besar untuk menirunya dengan mencari mereka yang layak di kawasan penyebaran kita. Kita menjalankan usaha ini dengan menyeluruh tanpa mengenal lelah.—Mat. 10:11; 2 Kor. 5:20.

2. Bagaimanakah Paulus menunjukkan kebolehannya untuk menyesuaikan diri? Apakah hasilnya?

2 Sesuaikan Diri: Hawari Paulus mempunyai kebiasaan untuk mengunjungi rumah penyembahan terlebih dahulu bagi memberikan kesaksian kepada orang Yahudi dan pemeluk agama Yahudi. (Kis. 14:1) Di Filipi, dia dan Silas pergi mencari orang di mana mereka berfikir “terdapat tempat orang Yahudi berdoa.” Di situ, mereka mula memberi kesaksian kepada sekumpulan wanita. Salah seorang wanita yang bernama Lidia, menerima kebenaran dalam masa yang singkat.—Kis. 16:12-15.

3. Apakah peluang khidmat yang boleh kita nikmati selain daripada menjalankan kerja penyebaran dari rumah ke rumah?

3 Selain daripada mengunjungi penghuni dari rumah ke rumah, bolehkah anda juga memberikan kesaksian kepada orang di stesen pengangkutan awam, taman bunga, pejabat, tempat awam, tempat perniagaan, dan pusat membeli-belah di kawasan penyebaran anda? Barangkali anda boleh memberi kesaksian dengan menyurati atau menelefon penghuni di kawasan perumahan dan bangunan bertingkat yang mempunyai kawalan keselamatan. Jika anda peka dan pandai membuat penyesuaian mengikut pelbagai keadaan di kawasan penyebaran anda, anda dapat ‘rajin bekerja untuk Tuan.’—1 Kor. 15:58.

4. Apakah yang dapat kita lakukan sekiranya kawasan penyebaran sidang kita terhad?

4 Ramai penyiar berpeluang memperluas aktiviti penyebaran mereka dengan berpindah ke sidang lain di negara sendiri atau di luar negara. Ada pula yang mempelajari bahasa lain agar dapat menyampaikan berita baik kepada orang yang datang dari luar negara.

5. Bagaimanakah kita patut memandang zaman sekarang? Apakah sepatutnya menjadi tekad kita?

5 Ingatlah selalu bahawa “ladang itu dunia ini.” (Mat. 9:37; 13:38) Memandangkan akhir sistem dunia fasiq ini sudah di ambang pintu, kita masing-masing mesti memikirkan secara mendalam keadaan, bakat, peluang, dan potensi kita untuk memperluas aktiviti penyebaran kita. Jika kita mengutamakan kepentingan Kerajaan Tuhan, Yehuwa menjamin bahawa Dia akan memberkati usaha kita yang tulus untuk memperluas aktiviti penyebaran kita.—Mat. 6:33.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi