PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Januari ms. 8
  • Pergi dan Berdamai Dahulu dengan Saudaramu—Bagaimana?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pergi dan Berdamai Dahulu dengan Saudaramu—Bagaimana?
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menyelesaikan Perselisihan Melalui Kasih
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Jangan Membuat Murid Yesus “yang bagaikan Anak Kecil” Tersandung
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Teruslah Mendengarkan Yesus
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Berusahalah Untuk Mengekalkan Kedamaian
    Menara Pengawal—2011
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Januari ms. 8

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Pergi dan Berdamai Dahulu dengan Saudaramu​—Bagaimana?

Seorang lelaki meninggalkan korbannya di mazbah dan pergi berdamai dengan saudaranya

Bayangkan anda tinggal di Galilea pada zaman Yesus. Anda pergi ke Yerusalem untuk menyambut Perayaan Pondok Daun. Kota itu riuh-rendah dan penuh dengan umat Tuhan yang datang dari tempat lain. Anda membawa seekor kambing sebagai korban kepada Yehuwa. Seraya anda menuju ke Rumah Tuhan, anda melalui lorong-lorong yang sesak dengan orang. Setibanya di situ, anda nampak ramai yang datang untuk mempersembahkan korban. Akhirnya, tibalah giliran anda untuk menyerahkan korban kepada imam. Pada masa itu, anda teringat bahawa seorang saudara tidak senang hati terhadap anda. Namun, anda tidak tahu di mana dia berada. Apakah yang harus anda lakukan? Jawapannya ada dalam kata-kata Yesus. (Baca Matius 5:24.) Bagaimanakah anda dan saudara itu boleh mengikut nasihat Yesus untuk berdamai? Dalam senarai yang berikut, tandakan jawapan yang betul.

ANDA PATUT . . .

  • bercakap kepadanya jika anda fikir dia mempunyai sebab yang munasabah untuk berasa tersinggung

  • membetulkan fikirannya jika anda berasa bahawa dia juga bersalah atau dia terlalu sensitif

  • mendengar dengan sabar apabila dia meluahkan perasaannya. Walaupun anda tidak faham situasi itu dengan sepenuhnya, anda patut minta maaf dengan ikhlas kerana menyinggung perasaannya atau kerana tindakan anda telah menimbulkan kesusahan

SAUDARA ITU PATUT . . .

  • memberitahu orang lain di sidang tentang perbuatan anda yang telah menyinggung perasaannya agar mereka menyebelahinya

  • memarahi anda dan menyenaraikan semua kesilapan anda, lalu menuntut anda untuk mengakui kesalahan

  • sedar bahawa anda menunjukkan kerendahan hati dan keberanian untuk berdamai dengannya, lalu mengampuni anda dengan ikhlas

Hari ini, kita tidak perlu mempersembahkan korban binatang. Namun, menurut ajaran Yesus, bagaimanakah hubungan kita dengan rakan seiman dapat mempengaruhi ibadat kita kepada Tuhan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi