HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KEJADIAN 18-19
“Hakim bagi Seluruh Bumi” Membinasakan Sodom dan Gomora
Apakah yang dapat kita pelajari daripada tindakan Yehuwa membinasakan Sodom dan Gomora?
Yehuwa tidak akan membenarkan kejahatan berterusan
Orang yang mendengar dan melakukan kehendak Tuhan akan diselamatkan semasa penghakiman yang bakal tiba. —Lu 17:28-30
TANYALAH DIRI: “Adakah saya susah hati kerana orang di dunia ini berkelakuan buruk tanpa rasa malu?” (2Pt 2:7) “Adakah kehidupan saya menunjukkan bahawa saya mengutamakan kehendak Yehuwa?”