PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 April ms. 7
  • “Buanglah Patung-Patung Dewa Asing”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Buanglah Patung-Patung Dewa Asing”
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Ilmu Ghaib Berbahaya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bergantunglah pada Yehuwa untuk Melawan Roh-Roh Jahat
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Sembahlah Yehuwa Sahaja
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Yakub dan Esau Berdamai
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 April ms. 7
Seorang lelaki membuang rantai yang berkaitan dengan spiritisme.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

“Buanglah Patung-Patung Dewa Asing”

Meskipun Yehuwa belum lagi memberikan larangan tentang menyembah dewa palsu, Yakub tahu bahawa Yehuwa ingin orang menyembah-Nya sahaja. (Kel 20:3-5) Jadi selepas Yehuwa menyuruhnya pulang ke Bethel, Yakub mengarahkan semua orang yang ada bersamanya untuk membuang patung-patung dewa asing mereka. Kemudian, dia juga membuang anting-anting mereka kerana mereka mungkin memakainya sebagai tangkal atau azimat. (Kej 35:1-4) Yehuwa pasti senang hati dengan perbuatan Yakub.

Dewasa ini, bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita menyembah Yehuwa sahaja? Kita harus menjauhi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan berhala atau spiritisme. Hal ini bererti membuang objek yang berkaitan dengan ilmu sihir dan memilih hiburan dengan teliti. Contohnya, tanyalah diri, “Adakah saya suka membaca buku atau menonton filem yang mengandungi unsur seperti puntianak, zombie, atau paranormal? Adakah hiburan saya memaparkan kuasa sihir, jampi, atau guna-guna sebagai perbuatan yang seronok dan tidak berbahaya?” Kita harus menjauhi semua perkara yang dibenci Yehuwa.​—Mz 97:10.

SILA LIHAT VIDEO “LAWANLAH IBLIS.” KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Seorang bayi yang berbaring di katil memakai azimat di pergelangan tangannya. Di latar belakang, ibu bayi itu sedang bercakap dengan pasangan yang mengajarnya Bible.

    Apakah masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar Bible yang bernama Palesa?

  • Pasangan itu dan pelajar Bible mereka berjumpa dengan dua orang penatua untuk meminta bantuan.

    Mengapakah baik untuk mendapatkan bantuan para penatua semasa menangani masalah yang berkaitan dengan spiritisme?

  • Pelajar Bible itu membakar azimat bayinya di dapurnya.

    Lawanlah Iblis, dan hampirilah Tuhan.​—Yak 4:7, 8

    Jika kita ingin Yehuwa melindungi kita, apakah yang kita perlu lakukan?

  • Apakah yang dilakukan oleh Palesa?

  • Bagaimanakah anda dapat menjauhkan diri daripada pengaruh roh-roh jahat?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi