PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 32 poin 1-6
  • Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Tahun 1914?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Bilakah Kerajaan Tuhan Mula Memerintah?—Bahagian 2
    Menara Pengawal—2014
  • 1914—Tahun yang Penting dalam Nubuat Bible
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 32 poin 1-6
Pelajaran 32. Yesus Kristus memegang tongkat raja dan memerintah seluruh bumi.

PELAJARAN 32

Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Kerajaan Tuhan mula memerintah di syurga sejak tahun 1914. Hari-hari terakhir juga bermula pada tahun itu. Apakah buktinya? Dalam pelajaran ini, kita akan belajar tentang nubuat Bible, keadaan di bumi, dan sikap orang sejak tahun itu.

1. Apakah yang dinubuatkan dalam Bible?

Buku Daniel menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan akan mula memerintah pada akhir tempoh yang dipanggil “tujuh waktu.” (Daniel 4:16, 17) Beberapa ratus tahun kemudian, Yesus memanggil tempoh itu sebagai “waktu yang ditetapkan bagi bangsa-bangsa lain.” Semasa dia masih di bumi, dia mengajar bahawa tempoh waktu itu belum berakhir. (Lukas 21:24) Seperti yang akan kita kaji nanti, tujuh waktu itu berakhir pada 1914.

2. Apakah keadaan di bumi dan sikap orang sejak tahun 1914?

Murid-murid Yesus bertanya kepadanya, “Apakah tanda bagi kehadiranmu dan penghujung sistem ini?” (Matius 24:3) Yesus menjawab bahawa sesetengah hal seperti perang, kebuluran, dan gempa bumi akan sering berlaku. (Baca Matius 24:7.) Bible juga menubuatkan bahawa sikap orang “pada hari-hari terakhir” akan membuat hidup “sukar dihadapi.” (2 Timotius 3:1-5) Semua nubuat tentang hal-hal ini jelas kelihatan sejak 1914.

3. Mengapakah keadaan di bumi menjadi begitu teruk sejak Kerajaan Tuhan mula memerintah?

Tidak lama selepas Yesus menjadi Raja Kerajaan Tuhan, dia berperang melawan Syaitan dan roh-roh jahat lalu mengalahkan mereka. Kemudian, “[Syaitan] dibuang ke bumi, dan malaikat-malaikatnya juga dibuang ke bumi bersamanya.” (Wahyu 12:9, 10, 12) Syaitan sangat marah kerana dia tahu dia akan dimusnahkan. Maka dia menyebabkan banyak masalah di bumi dan membawa banyak penderitaan. Itulah sebabnya keadaan bumi menjadi begitu teruk. Namun Kerajaan Tuhan akan melenyapkan semua masalah di dunia.

KETAHUILAH

Belajarlah bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan sudah mula memerintah pada 1914 dan kaitannya dengan kita.

4. Nubuat Bible menunjukkan 1914 ialah tahun yang penting

Mainkan VIDEO.

VIDEO: Kerajaan Tuhan Mula Memerintah pada 1914 (5:02)

Tuhan memberi mimpi kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon kuno. Penjelasan Nabi Daniel menunjukkan bahawa mimpi itu berkaitan dengan pemerintahan Nebukadnezar dan Kerajaan Tuhan.​—Baca Daniel 4:17.a

Baca Daniel 4:20-26, kemudian gunakan carta dalam pelajaran ini untuk menjawab soalan berikut:

  • (A) Apakah yang dilihat oleh Nebukadnezar dalam mimpinya?​—Lihat ayat 20 dan 21.

  • (B) Apakah yang berlaku kepada pokok itu?​—Lihat ayat 23.

  • (C) Apakah yang berlaku pada akhir “tujuh waktu” itu?​—Lihat ayat 26.

Kaitan Mimpi tentang Pokok dengan Kerajaan Tuhan

NUBUAT (Daniel 4:20-36)

Pemerintahan

(A) Sebatang pokok besar

Sebatang pokok yang sangat tinggi.

Pemerintahan tergendala

(B) “Tebanglah pokok itu,” dan biarkan “tujuh waktu” berlalu

Tunggul pokok diikat dengan gelang besi dan tembaga.

Pemerintahan dipulihkan

(C) “Kerajaan tuanku akan dikembalikan kepada tuanku”

Sebatang pokok yang sangat tinggi.

Dalam pelaksanaan pertama nubuat itu . . .

  • (D) Siapakah yang dilambangkan oleh pokok itu?​—Lihat ayat 22.

  • (E) Bagaimanakah pemerintahannya tergendala?​—Baca Daniel 4:29-33.

  • (F) Apakah yang berlaku kepada Nebukadnezar pada akhir “tujuh waktu”?​—Baca Daniel 4:34-36.

PELAKSANAAN PERTAMA

Pemerintahan

(D) Nebukadnezar, raja Babilon

Raja Nebukadnezar yang angkuh.

Pemerintahan tergendala

(E) Selepas 606 SM, Nebukadnezar tidak dapat memerintah selama tujuh tahun kerana dia menjadi tidak waras

Raja Nebukadnezar meragut rumput seperti binatang.

Pemerintahan dipulihkan

(F) Nebukadnezar menjadi waras dan mula memerintah semula

Raja Nebukadnezar memandang ke langit dan mengangkat tangannya.

Dalam pelaksanaan kedua nubuat itu . . .

  • (G) Siapakah yang dilambangkan oleh pokok itu?​—Baca 1 Tawarikh 29:23.

  • (H) Bagaimanakah pemerintahan mereka tergendala? Bagaimanakah kita tahu bahawa pemerintahan mereka masih tergendala semasa Yesus berada di bumi?​—Baca Lukas 21:24.

  • (I) Bilakah dan di manakah pemerintahan ini dipulihkan?

PELAKSANAAN KEDUA

Pemerintahan

(G) Raja-raja Israel yang mewakili pemerintahan Tuhan

Raja-raja Israel duduk di atas takhta. Sinaran cahaya menyinari mereka.

Pemerintahan tergendala

(H) Yerusalem dibinasakan, dan pemerintahan raja-raja Israel tergendala selama 2,520 tahun

Api yang memusnahkan kota Yerusalem pada 607 SM. Selepas itu, 2,520 tahun berlalu.

Pemerintahan dipulihkan

(I) Yesus mula menjadi Raja Kerajaan Tuhan di syurga

Yesus Kristus memerintah dari syurga sejak 1914. Cahaya bersinar daripadanya.

Berapa lamakah tempoh “tujuh waktu” itu?

Dengan merujuk ayat-ayat lain dalam Bible, kita dapat memahami nubuat ini. Sebagai contoh, buku Wahyu ada sebut bahawa tiga waktu setengah bersamaan dengan 1,260 hari. (Wahyu 12:6, 14) Maka “tujuh waktu” (1,260 hari x 2) adalah bersamaan dengan 2,520 hari. Dalam Bible, kadangkala satu hari boleh mewakili satu tahun. (Yehezkiel 4:6) Jadi, tempoh bagi tujuh waktu dalam nubuat Daniel ialah 2,520 tahun.

5. Dunia telah berubah sejak 1914

Mainkan VIDEO.

VIDEO: Dunia Telah Berubah sejak 1914 (1:10)

Yesus menubuatkan apa yang akan berlaku di bumi selepas dia menjadi raja. Baca Lukas 21:9-11, kemudian bincang soalan berikut:

  • Peristiwa manakah yang pernah anda lihat atau dengar?

Rasul Paulus menggambarkan sikap orang pada hari-hari terakhir. Baca 2 Timotius 3:1-5, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah sikap orang yang disebut dalam ayat ini yang pernah anda lihat?

Kolaj: Gambar menunjukkan keadaan dunia dan sikap orang pada hari-hari terakhir. 1. Seorang pegawai tentera memberikan ucapan dengan bersemangat di atas pentas. 2. Bangunan-bangunan roboh akibat gempa bumi. 3. Pesawat tempur. 4. Orang ramai berjalan sambil memakai pelitup muka. 5. Menara kembar di New York dijilat api akibat serangan pengganas. 6. Seorang lelaki mengambil dadah. 7. Seorang suami menjerit dan menggertak isterinya. 8. Dadah dan minuman alkohol. 9. Dua wanita yang berpakaian mewah mengambil selfie. 10. Seorang DJ di konsert. 11. Seorang lelaki membuang bom petrol, atau Molotov cocktail.

6. Bertindaklah kerana Kerajaan Tuhan kini memerintah

Baca Matius 24:3, 14, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah kerja yang menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan sedang memerintah?

  • Bagaimanakah anda dapat menyertai kerja ini?

Kerajaan Tuhan kini memerintah dan akan menguasai bumi tidak lama lagi. Baca Ibrani 10:24, 25, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah yang harus kita lakukan memandangkan “hari itu semakin mendekat”?

Kolaj: 1. Seorang pelajar Bible menghadiri perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa. 2. Pelajar yang sama menginjil kepada kawannya.

Jika anda tahu sesuatu yang dapat menyelamatkan nyawa orang lain, apakah yang akan anda lakukan?

ORANG MUNGKIN TANYA: “Mengapakah tahun 1914 begitu penting bagi Saksi-Saksi Yehuwa?”

  • Apakah jawapan anda?

RINGKASAN

Nubuat Bible dan keadaan di bumi membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan sedang memerintah. Kita menunjukkan keyakinan kita dengan menginjil dan menghadiri perjumpaan.

Ulang Kaji

  • Apakah yang berlaku pada akhir tujuh waktu yang dinubuatkan dalam buku Daniel?

  • Apakah yang meyakinkan anda bahawa Kerajaan Tuhan mula memerintah pada 1914?

  • Bagaimanakah anda dapat menunjukkan bahawa anda yakin Kerajaan Tuhan sedang memerintah?

Matlamat

JOM BELAJAR

Perhatikan apa yang dikatakan sejarawan dan orang lain tentang perubahan di bumi sejak 1914.

“Keruntuhan Nilai Moral” (Sedarlah!, April 2007)

Baca bagaimana nubuat di Matius 24:14 mempengaruhi kehidupan seorang lelaki.

“Saya Paling Mencintai Besbol!” (Menara Pengawal No. 3 2017)

Bagaimanakah kita tahu bahawa nubuat di Daniel bab 4 merujuk kepada Kerajaan Tuhan?

“Bilakah Kerajaan Tuhan Mula Memerintah? (Bahagian 1)” (Menara Pengawal, 1 Oktober 2014)

Apakah yang menunjukkan bahawa “tujuh waktu” yang disebut di Daniel bab 4 berakhir pada 1914?

“Bilakah Kerajaan Tuhan Mula Memerintah? (Bahagian 2)” (Menara Pengawal, 1 November 2014)

a Lihat dua rencana terakhir di bahagian Jom Belajar dalam pelajaran ini.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi