PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Ahad, 31 Ogos

Orang yang berpengertian akan memahaminya.​—Dan. 12:10.

Kita perlu meminta bantuan untuk memahami nubuat Bible. Bayangkan anda melawat ke sebuah tempat buat kali pertama, tetapi seorang kawan yang sangat mengenali tempat itu pergi bersama anda. Dia tahu semua jalan di situ dan ke mana hala tuju anda. Anda tentu bersyukur kerana ada kawan sebegitu, bukan? Begitu juga, Yehuwa tahu nubuat apa yang sedang berlaku dan apa yang bakal berlaku pada masa depan. Maka, untuk memahami nubuat Bible, kita mesti bersikap rendah hati dan meminta bantuan Yehuwa. (Dan. 2:28; 2 Ptr. 1:​19, 20) Seperti ibu atau bapa yang penyayang, Yehuwa mahu kita mempunyai masa depan yang baik. (Yer. 29:11) Namun, tidak seperti ibu bapa manusia, Yehuwa dapat memberitahu kita secara tepat tentang masa depan. Dia memastikan agar nubuat dicatatkan dalam Firman-Nya supaya kita dapat tahu peristiwa penting yang akan berlaku.​—Yes. 46:10. w23.08 8 ¶3-4

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Isnin, 1 September

Kita akan melihat cahaya dari syurga yang bagaikan cahaya semasa fajar menyingsing.​—Luk. 1:78.

Tuhan memberi Yesus kuasa untuk menyelesaikan masalah manusia. Mukjizat Yesus menunjukkan bahawa dia berkuasa menyelesaikan masalah yang mustahil diatasi manusia. Misalnya, dia ada kuasa untuk membebaskan kita daripada dosa, iaitu punca segala penderitaan manusia, termasuk penyakit dan kematian. (Mat. 9:​1-6; Rm. 5:​12, 18, 19) Mukjizat Yesus membuktikan bahawa dia dapat “menyembuhkan setiap masalah kesihatan dan setiap jenis penyakit” dan bahkan membangkitkan orang mati. (Mat. 4:23; Yoh. 11:​43, 44) Yesus juga berkuasa untuk meredakan ribut dan membebaskan orang daripada roh jahat. (Mrk. 4:​37-39; Luk. 8:2) Kita bersyukur kerana Yehuwa memberi Anak-Nya kuasa yang begitu besar! Yakinlah sepenuhnya bahawa janji Tuhan akan menjadi kenyataan. Mukjizat Yesus semasa di bumi menunjukkan apa yang akan dilakukannya pada skala yang jauh lebih besar sebagai Raja Kerajaan Tuhan di syurga. w23.04 3-4 ¶5-7

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Selasa, 2 September

Kuasa suci-Nya menyelidiki segala sesuatu, bahkan kebijaksanaan Tuhan yang dalam.​—1 Kor. 2:10.

Jika sidang anda besar dan anda jarang berpeluang untuk memberikan komen, anda mungkin rasa ingin putus asa. Tetapi janganlah berhenti mencuba. Sediakanlah beberapa komen bagi setiap perjumpaan. Dengan itu, jika anda tidak dipilih pada permulaan perbincangan, anda masih berpeluang untuk dipilih nanti. Semasa membuat persiapan bagi Pembelajaran Menara Pengawal, fikirkan kaitan antara setiap perenggan dengan tema rencana. Dengan demikian, anda mungkin dapat kongsi sesuatu yang bermakna sepanjang perbincangan. Cubalah juga menyediakan komen bagi perenggan yang menyentuh kebenaran Bible yang mendalam dan susah dijelaskan. Mengapa? Kerana banyak orang mungkin tidak bersedia untuk komen bagi perenggan sebegini. Bagaimana pula jika anda masih tidak berpeluang memberikan komen untuk beberapa perjumpaan? Sebelum perjumpaan, beritahulah saudara yang mengendalikan perbincangan tentang soalan yang ingin anda jawab. w23.04 21-22 ¶9-10

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi