PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 2 ms. 10-11
  • 3. Mengapakah Orang Baik Menderita?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 3. Mengapakah Orang Baik Menderita?
  • Sedarlah!—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa Penting
  • Fikirkan
  • Jawapan Bible
  • 4. Adakah Tuhan Ingin Kita Menderita?
    Sedarlah!—2020
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
  • Mengapakah Kita Menderita, Menjadi Tua, dan Mati?
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2020
g20 No. 2 ms. 10-11
Sepasang suami isteri berada di samping anak lelaki mereka yang berada di hospital. Lengan anak lelaki mereka telah dipotong.

3. Mengapakah Orang Baik Menderita?

Mengapa Penting

Semasa melihat orang baik menderita, kita berasa hal itu tidak adil. Sesetengah orang berasa bahawa tiada gunanya menjadi orang yang baik kerana semua orang pun akan menderita.

Fikirkan

Ada orang percaya bahawa manusia akan mati dan dilahirkan semula. Mereka berkata bahawa selepas dilahirkan semula, orang yang berbuat baik akan hidup senang, manakala orang yang berbuat jahat pula akan hidup susah. Menurut kepercayaan itu, orang baik pun akan menderita sekiranya mereka pernah berbuat jahat dalam “kehidupan lampau.” Namun . . .

  • Jika seseorang yang menderita langsung tidak mengingati kehidupannya yang lampau, penderitaannya tidak membawa apa-apa manfaat.

  • Jika perbuatan kita dalam kehidupan lampau akan menentukan kehidupan kita sekarang, tiada gunanya kita menjaga kesihatan dan keselamatan.

    MAKLUMAT LANJUT

    Lihat video Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan? di jw.org/ms.

Jawapan Bible

Penderitaan bukan hukuman daripada Tuhan.

Sebenarnya kebanyakan penderitaan berlaku secara kebetulan. Sering kali, seseorang ditimpa malapetaka kerana berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

“Orang yang cepat tidak semestinya menjadi juara, orang yang kuat tidak semestinya menang dalam pertempuran, orang yang bijaksana tidak semestinya mendapat makanan, orang yang pandai tidak semestinya kaya, dan orang yang berpengetahuan tidak semestinya berjaya, kerana waktu dan kejadian yang tidak terduga menimpa semua orang.”​—PENGKHUTBAH 9:11.

Kita mewarisi dosa, dan dosa menyebabkan penderitaan.

Orang sering mengaitkan perkataan “dosa” dengan perbuatan jahat. Namun, Bible juga menggunakan perkataan itu untuk menggambarkan keadaan tidak sempurna yang diwarisi semua orang, tidak kira orang baik atau orang jahat.

“Aku telah dilahirkan dalam dosa, dan aku berdosa sejak aku dalam kandungan ibuku.”​—MAZMUR 51:5.

Dosa membawa kesan buruk kepada manusia.

Dosa bukan sahaja merosakkan hubungan kita dengan Pencipta kita, tetapi juga menjejaskan hubungan kita dengan ciptaan Tuhan yang lain. Akibatnya, semua orang mengalami penderitaan yang besar.

“Apabila aku mahu melakukan apa yang baik, apa yang jahat ada padaku.”​—ROMA 7:21.

“Semua ciptaan sama-sama mengerang dan menderita kesakitan.”​—ROMA 8:22.

Mengapakah orang baik menderita?

Sebahagian besar penderitaan kita disebabkan oleh dosa yang kita warisi, tidak kira kita ialah orang baik atau orang jahat. Dosa itu mengakibatkan kecacatan secara fizikal dan mental, dan menyebabkan manusia cenderung menyakiti satu sama lain.

Adakah Tuhan ingin kita menderita?

Lihat soalan 4.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi