PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 1 ms. 12-13
  • Ajaran yang Membawa Harapan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ajaran yang Membawa Harapan
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tuhan Akan Membinasakan Orang Jahat
  • Tuhan Akan Membinasakan Syaitan
  • Tuhan Akan Melenyapkan Penyakit dan Kematian
  • Pencipta Kita Akan Menjadikan Bumi Sebuah Firdaus
  • Tuhan Akan Membangkitkan Orang Mati
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Manusia?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Mengapakah Kita Menderita, Menjadi Tua, dan Mati?
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 1 ms. 12-13
Orang yang tinggal di Firdaus yang indah. Mereka hidup damai dengan binatang dan menikmati makanan yang melimpah.

Ajaran yang Membawa Harapan

Tuhan menjanjikan perubahan yang menakjubkan pada masa depan. Dia akan melenyapkan penderitaan dan memberi manusia kehidupan yang bahagia di bumi. (Mazmur 37:11) Mengapakah kita boleh mempercayai janji ini? Hal ini kerana “Tuhan bukan seperti manusia yang berdusta.” (Bilangan 23:19) Perhatikan beberapa perkara baik yang akan dilakukan oleh Pencipta kita.

Tuhan Akan Membinasakan Orang Jahat

“Meskipun orang jahat tumbuh subur seperti lalang dan semua orang yang melakukan kejahatan hidup makmur, akhirnya mereka akan dibinasakan buat selama-lamanya.”​—MAZMUR 92:7.

Seperti yang kita pelajari dalam rencana sebelumnya, kita melihat semakin banyak perkara jahat berlaku. Hal ini tidak menghairankan kerana Bible sudah menyatakan di 2 Timotius 3:1-5 bahawa “pada hari-hari terakhir,” manusia akan semakin jahat. Apakah yang dimaksudkan dengan “hari-hari terakhir”? Maksudnya tidak lama lagi, Tuhan akan membinasakan orang jahat yang tidak mahu bertaubat, dan hanya orang yang mentaati Tuhan akan hidup di bumi. “Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”​—Mazmur 37:29.

Tuhan Akan Membinasakan Syaitan

“Tuhan yang memberikan kedamaian akan menghancurkan Syaitan.”​—ROMA 16:20.

Apabila Syaitan, roh-roh jahat, dan semua orang jahat dibinasakan, bumi akan menjadi aman. Pencipta kita berjanji, “Tidak ada sesiapa yang akan membuat [anda] berasa takut.”​—Mikha 4:4.

Tuhan Akan Melenyapkan Penyakit dan Kematian

“Khemah Tuhan ada bersama manusia . . . Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—WAHYU 21:3, 4.

Penderitaan, penyakit, dan bahkan kematian, akan berakhir kerana Tuhan akan menghilangkan kesan buruk yang diakibatkan oleh Syaitan, Adam, Hawa, dan ketidaksempurnaan diri kita. Manusia yang mengasihi dan mentaati Pencipta akan hidup selama-lamanya. Namun, di manakah mereka akan tinggal?

Pencipta Kita Akan Menjadikan Bumi Sebuah Firdaus

“Padang belantara dan tanah yang gersang akan bersukacita. Padang gurun akan bergembira dan dipenuhi bunga-bunga.”​—YESAYA 35:1.

Apabila Tuhan mengakhiri kejahatan, bumi akan menjadi sebuah Firdaus! Pada masa itu, bumi akan dipenuhi dengan taman-taman yang cantik, dan bumi juga akan menghasilkan makanan yang berlimpah-limpah. (Mazmur 72:16) Laut, tasik, dan sungai, akan menjadi bersih dan penuh dengan hidupan. Perkataan “pencemaran” mungkin tidak akan disebut sama sekali! Orang akan membina rumah dan mendiaminya. Tiada lagi orang yang hidup miskin. Sebaliknya, semua orang akan mempunyai tempat tinggal dan makanan yang mencukupi.​—Yesaya 65:21, 22.

Tuhan Akan Membangkitkan Orang Mati

“Tuhan akan membangkitkan orang.”​—KISAH 24:15.

Adakah anda ingin berjumpa semula dengan orang tersayang yang sudah meninggal? Tuhan Yang Maha Kuasa akan membangkitkan mereka di bumi firdaus. Anda akan mengenali mereka, dan mereka akan mengenali anda. Bayangkan sukacita yang akan anda nikmati bersama mereka! Mengapakah kita dapat yakin akan harapan ini? Bible mengandungi contoh tentang orang dewasa dan kanak-kanak yang telah dibangkitkan dan kembali ke pangkuan keluarga mereka. Selain itu, semasa Yesus membangkitkan orang mati, ramai orang menyaksikannya.​—Lukas 8:49-56; Yohanes 11:11-14, 38-44.

Sekarang, Saya Benar-Benar Gembira

“Saya masih ingat kali pertama saya mendengar tentang bumi firdaus yang bebas daripada penderitaan, penyakit, dan kematian. Saya rasa hal itu susah untuk dipercayai! Namun, semasa saya mempelajari Bible, saya belajar sebabnya saya boleh mempercayai buku yang unik ini dan janji-janjinya. Saya yakin bahawa Bible memang daripada Tuhan. Dahulu, saya selalu kelihatan risau dan sedih. Tetapi kini, saya benar-benar gembira. Bahkan keluarga dan kawan-kawan saya dapat melihat perbezaan dalam diri saya.”​—Ravi.

Ravi.

Maklumat lanjut:

Untuk mempelajari lebih banyak tentang kehendak Pencipta bagi manusia untuk hidup selama-lamanya di bumi firdaus, sila layari jw.org/ms dan lihat bahagian AJARAN BIBLE > JAWAPAN KEPADA SOALAN BIBLE > KEHIDUPAN & KEMATIAN.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi