Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 31 Ogos 2015.
Mengapakah larian kita untuk meraih kehidupan kekal mencabar? Apakah yang harus kita lakukan jika kita terjatuh? (1 Raj. 8:46) [6 Julai, w13 15/3 ms. 4 per. 4]
Apakah yang kita pelajari daripada teladan Daud yang menyembah Tuhan “dengan jujur dan tulus hati”? (1 Raj. 9:4) [13 Julai, w12 15/11 ms. 7 per. 18-19]
Yehuwa telah menghantar Elia kepada balu dari Sarafat. Apakah yang boleh kita pelajari tentang Yehuwa? (1 Raj. 17:8-14) [27 Julai, w14 15/2 ms. 14]
Bagaimanakah kisah di 1 Raja-Raja 17:10-16 dapat membantu kita menunjukkan keyakinan yang sepenuhnya terhadap Yehuwa? [27 Julai, w14 15/2 ms. 13-15]
Bagaimanakah Tuhan meyakinkan Elia bahawa dia masih bernilai? Apakah pengajarannya bagi kita? (1 Raj. 19:5, 6) [3 Ogos, w14 15/3 ms. 15 per. 15-16]
Apakah perasaan Yehuwa apabila Dia melihat nabi Elia berasa murung? Bagaimanakah kita boleh meniru teladan Tuhan kita yang pengasih? (1 Raj. 19:7, 8) [3 Ogos, w14 15/6 ms. 27 per. 15-16]
Apakah pandangan salah yang dimiliki Raja Ahab? Bagaimanakah orang Kristian dapat mengelakkan daripada memiliki pandangan yang serupa? (1 Raj. 21:20) [10 Ogos, lv ms. 188 per. 3, kotak]
Mengapakah Elisa enggan meninggalkan Elia? Apakah pengajarannya bagi kita? (2 Raj. 2:1-6) [17 Ogos, w13 15/8 ms. 29 per. 3-4]
Menurut 2 Raja-Raja 5:1-3, bagaimanakah kaum muda boleh meniru iman dan keberanian gadis Israel? [24 Ogos, w12 15/2 ms. 12-13 per. 11]
Apakah sifat-sifat Yehu yang diperlukan oleh hamba Tuhan dewasa ini? (2 Raj. 10:16) [31 Ogos, w11 15/11 ms. 5 per. 4]