PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 6:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Inilah kisah Nuh.

      Nuh ialah seorang lelaki yang baik.+ Dia hidup tanpa cela dalam kalangan orang yang sezaman dengannya. Nuh hidup akrab* dengan Tuhan yang benar.+

  • Ulangan 8:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 “Oleh itu, patuhilah perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan kamu. Hiduplah menurut segala kehendak-Nya dan takutlah kepada-Nya.

  • Ulangan 13:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Kamu harus menyembah dan terus mengikut Yehuwa, Tuhan kamu. Kamu harus mendengarkan firman-Nya dan mematuhi semua perintah-Nya. Kamu harus takut akan Dia dan berpaut pada-Nya.+

  • 3 Yohanes 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Tidak ada yang membuat aku lebih bersukacita* daripada mendengar bahawa anak-anakku tetap berjalan mengikut kebenaran.+

  • Yudas 14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Henokh,+ keturunan ketujuh daripada Adam, juga bernubuat mengenai mereka dengan berkata, “Lihatlah! Yehuwa* datang bersama puluhan ribu malaikat-Nya yang suci+ 15 untuk mengadili semua orang,+ dan untuk menyatakan kesalahan semua pendosa yang tidak menghormati-Nya. Tuhan berbuat demikian kerana mereka melakukan bermacam-macam kejahatan dan kerana mereka melemparkan kata-kata celaan terhadap-Nya.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi