-
Ibrani 11:17-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Kerana beriman, semasa Abraham diuji,+ dia seolah-olah sudah mempersembahkan Ishak sebagai korban. Lelaki ini, yang telah menerima janji-janji Tuhan dengan gembira, bersedia untuk mempersembahkan anak tunggalnya sebagai korban,+ 18 meskipun Tuhan pernah berfirman kepadanya, “Keturunanmu akan datang daripada Ishak.”+ 19 Abraham percaya bahawa walaupun Ishak mati, Tuhan dapat membangkitkannya daripada kematian. Dalam erti kiasan, dia telah menerima Ishak kembali daripada kematian.+
-
-
Yakobus 2:21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Fikirkan Abraham, bapa kita yang mempersembahkan anaknya Ishak di atas mazbah. Bukankah dia dianggap sebagai orang yang berbuat benar kerana perbuatannya itu?+
-