PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 13:14, 15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Selepas Lot berpisah dengan Abram, Yehuwa berfirman kepada Abram, “Dari tempat engkau berada, pandanglah ke arah utara dan selatan, timur dan barat. 15 Seluruh tanah yang engkau lihat itu akan Aku berikan kepadamu dan keturunanmu. Tanah itu akan sentiasa menjadi milik kamu.+

  • Kejadian 26:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Tinggallah di sini sebagai orang asing,+ dan Aku akan terus menyertai engkau dan memberkati engkau. Aku akan memberimu dan keturunanmu seluruh negeri ini,+ dan Aku akan menepati janji-Ku kepada bapamu Abraham. Aku telah bersumpah kepadanya,+ 4 ‘Aku akan melipatgandakan keturunanmu sehingga mereka menjadi banyak seperti bintang-bintang di langit.+ Seluruh negeri ini akan Aku berikan kepada keturunanmu.+ Melalui keturunanmu, semua bangsa di bumi akan meraih berkat.’*+

  • Ulangan 34:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Yehuwa berfirman kepada Musa, “Itulah tanah yang Aku janjikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku telah bersumpah kepada mereka dengan berkata, ‘Aku akan memberikan tanah itu kepada keturunan kamu.’+ Aku sudah membenarkan engkau melihat seluruh tanah itu, tetapi engkau tidak boleh pergi ke sana.”+

  • Kisah 7:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Maka dia pun meninggalkan tanah Kasdim dan tinggal di Haran. Selepas bapanya meninggal,+ Tuhan memimpin dia untuk pindah ke negeri ini yang kini kamu diami.+ 5 Tetapi Tuhan tidak mewariskan setapak tanah pun daripada negeri ini kepada Abraham. Namun demikian, Tuhan berjanji akan memberikan negeri ini kepada Abraham untuk menjadi hak miliknya dan keturunannya,+ walaupun Abraham tidak mempunyai anak pada masa itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi